cara meningkatkan pencarian di google

5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google! (Contoh)

Kebanyakan bisnes baru akan ada website mereka sendiri – tapi majoriti gagal dalam SEO. Malangnya ia adalah fakta dan berlaku kerana mereka tidak tahu cara menaikkan pencarian website di Google.

Untuk info, gerak kerja dan disiplin meningkatkan pencarian website di Google itu sifatnya teknikal, renyah dan berulang-ulang. Mengupah intern atau digital marketer tidak akan menyelesaikan masalah ini.

“Successful SEO is not about tricking Google. It’s about PARTNERING with Google to provide the best search results for Google’s users.” Phil Frost

Disebabkan itu, kami di Warbyasa akan kongsikan kepada anda secara holistik akan gerak kerja dan disiplin untuk meningkatkan pencarian website di Google dalam 5 langkah mudah yang anda boleh cuba hari ini.

Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit

Teruskan membaca untuk mengetahui lima cara efektif ini untuk meningkatkan pencarian website anda di Google.

“SEO adalah mengenai memahami pengguna kita dan membantu mereka menemui kandungan kita.” – Brian Dean

5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google

1. Ubah Meta Data Kepada Target Keyword 

Kedengaran jargon dan sukar untuk dibuat? Sabar. Meta Data dalam bahasa mudah adalah “tajuk website” dan “ringkasan website” anda.

Dalam bahasa On Page SEO, ianya digelar sebagai Title Tag & Meta Tag. Rujuk imej di bawah untuk faham lebih baik.

cara menaikkan pencarian website di google
Kredit : Backlinko

Baca : Apa Itu On Page SEO?

Target Keyword 

Target keyword merujuk kepada keyword yang audiens gunakan untuk buat carian tentang produk/servis ataupun tentang website anda di Google. Contoh target keyword untuk bisnes penghawa dingin ;

"harga aircond 1hp" 

"repair aircond rumah" 

"pasang aircond rumah 

"jenama aircond terbaik"

"compressor aircond rumah rosak"

Logiknya, Google akan melihat website anda relevan dengan keyword yang digunakan ekoran Meta Data dan konten yang wujud dalam website anda.

Sekaligus, meningkatkan kebarangkalian untuk website anda dijumpai oleh spesifik audiens anda.

2. Perbaiki Struktur URL dan Heading Tags

Struktur URL adalah hyperlink pada website anda yang menjelaskan kepada crawler Google akan jenis website, konten dan pages yang ada pada website anda.

Untuk info, ada 6 anatomi atau pecahan kepada sebuah URL. Rujuk imej di bawah untuk faham.

struktur url seo
Kredit : Ahrefs

Heading Tags

Heading tags adalah satu struktur dalam menjelaskan website dan pages anda yang sangat penting dan membantu crawler Google mengenal pasti dan memahami segala isi konten dan konteks.

cara menaikkan pencarian website di google
Kredit : Orang Aircond

Sebagai pemula, gunakan keyword utama dan pecahkan kepada topik dan akhirnya kepada subtopik berdasarkan heading tags seperti :

  • H1 – Tajuk
  • H2 – Topik
  • H3 – Subtopik
  • H4 – Mikro topik

3. Upload Gambar Bersaiz Kecil Sahaja

Kelajuan website adalah faktor penting dalam meningkatkan pencarian website anda di Google. Google hanya akan memaparkan website yang mampu fully-load dalam masa maksimum 3 saat sahaja.

seo imej
Kredit : Cloudinary

Guna WebP & AVIF

Triknya adalah dengan upload gambar pada saiz kecil tanpa mengorbankan kualiti imej ke website anda. Anda boleh compress fail sebelum upload ke website atau menggunakan plugin WordPress seperti Converter for Media.

4. Buat Strategi Link Building

Link building atau backlink adalah satu teknik di mana, website lain yang berautoriti tinggi memberi hyperlink ke website anda.

cara menaikkan pencarian website di google
Kredit : Geoxis

Link building dari website lain penting sebagai satu cara meningkatkan kredibiliti domain anda. Google akan melihat ini sebagai signal yang positif kepada website anda.

7 Idea Link Building 

Antara strategi link building yang anda boleh gunakan adalah :

  • Forum
  • Artikel
  • Fail PDF
  • Direktori
  • UGC Post
  • Media sosial
  • Aset website

Baca : Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

5. Tulis Konten Berkaitan Dalam Website

Dengan adanya ChatGPT dan pelbagai software lain, adalah mustahil untuk website anda tidak mempunyai konten yang relevan dengan niche dan industri anda.

Idea Konten Website 

Cara yang paling mudah adalah, tulis artikel SEO menjelaskan solusi kepada masalah yang audiens anda hadapi menerusi produk/servis anda. Ini sekaligus meningkatkan kepercayaan prospek dan pelanggan brand anda.

Rujuk idea di bawah untuk menulis konten di website ;

  • FAQ
  • Glossari
  • Artikel SEO
  • Kajian Kes
  • Ebook (PDF)

Konten yang cemerlang dan menjawab persoalan audiens lazimnya akan mendapat backlink dari media sosial atau blog lain.

“SEO bukan tentang bermain dengan enjin carian. Ia adalah tentang bermain dengan minda pengguna.”Ammon Johns

3 Contoh SEO di Malaysia

1. Delyva – Klien Kami

Delyva adalah platform penghantaran barang dan kurier online yang terkenal di Malaysia.

Dengan lebih 30,000 trafik organik setiap bulan, Delyva berjaya mendapat ramai pelanggan baru dari SEO berdasarkan keyword yang mereka gunakan di website dan artikel mereka.

delyva
Kredit : Delyva

Delyva rank lebih 100+ keyword yang relevan untuk niche dan industri mereka di nombor 1 – 3.

2. Orang Aircond – Klien Kami

Orang Aircond adalah bisnes yang menawarkan servis berkaitan penghawa dingin komersial dan kediaman di Lembah Klang.

Dengan lebih 4,000 trafik organik setiap bulan, Orang Aircond menerima 20 prospek baru setiap minggu hanya dari SEO.

orang aircond
Kredit : Orang Aircond

Orang Aircond rank lebih 20+ keyword di SERP Google untuk keyword berkaitan niche dan industri mereka.

3. Aqiqah Centre – Klien Kami

Aqiqah Centre adalah agregator yang membantu rakyat Malaysia menjalankan ibadah aqiqah dan korban di tanah Suci Mekah pada harga kompetitif.

Lebih 25,000 trafik organik diterima setiap bulan membolehkan Aqiqah Centre menerima 40 – 80 pelanggan baru setiap bulan.

Aqiqah Centre
Kredit : Aqiqah Centre

Setakat hari ini, Aqiqah Centre berjaya rank bukan sahaja lebih 20+ keyword, bahkan tersenarai dalam Knowledge Panel dan PAA di SERP Google.

Semua website yang dinyatakan di atas telah dioptimumkan secara profesional oleh kami dan mencapai hasil yang signifikan dalam tempoh masa kurang 6 bulan.

Baca : Apa Itu SEO dan SEM? Ini 5 Penerangan Lengkap (Infografik)

Meningkatkan pencarian website di Google memerlukan anda melabur kepada Search Engine Optimization (SEO) secara serius kerana impaknya sangat besar untuk brand anda bertahun-tahun lamanya.

Cara yang paling cepat adalah dengan menggunakan khidmat agensi SEO kami untuk meningkatkan pencarian website anda di Google. Kami terdiri dari SEO Specialist, Marketing Expert dengan pengalaman 8 tahun – 15 tahun dalam menaikkan ranking website di Google sejak 2018.

Similar Posts