apa itu seo

Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit

Pernahkah anda terfikir apa itu SEO? Adakah SEO itu sebahagian daripada digital marketing atau sebaliknya? Jika ya, tahniah! Anda berada di dalam blog yang tepat.

Dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat, banyak bisnes di Malaysia masih tidak memahami sepenuhnya apa itu SEO dan mengapa SEO penting kepada bisnes mereka.

“SEO adalah mengenai memahami pengguna kita dan membantu mereka menemui kandungan kita.”Brian Dean

Stigma yang sering kali kita dengar adalah, SEO itu leceh, renyah, rumit dan hanya untuk mereka yang pakar dalam bidang teknologi, marketing dan technician website sahaja.

Baca : Ini 4 Cara Menaikkan SEO di Google Anda boleh Tiru (Checklist)

seo memes

Akibatnya, ramai pemilik bisnes gagal memanfaatkan potensi penuh website mereka. Tanpa SEO, website anda mungkin tidak muncul di halaman pertama Google sampai kiamat. Dan ini menyebabkan anda kehilangan prospek dan pelanggan berkualiti yang berpotensi.

Baca : Apa Itu SEO dan SEM? Ini 5 Penerangan Lengkap (Infografik)

Namun, jangan risau! Artikel ini akan memberikan anda penjelasan yang jelas dan mendalam tentang SEO.

Kami akan membantu anda memahami kepentingan SEO dan bagaimana ia boleh meningkatkan ranking website anda di Google, menarik lebih banyak trafik organik, dan akhirnya meningkatkan jualan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Panduan Lengkap: Apa Itu SEO?

1. Pengenalan kepada SEO

SEO, atau Search Engine Optimization adalah seni dan proses yang mengoptimumkan website anda untuk mendapatkan trafik secara organik menerusi enjin carian terbesar dunia yaqni Google.

Tujuan utama SEO adalah untuk meningkatkan kedudukan website anda dalam SERP (Search Engine Results Pages) supaya ditemui oleh pengguna.

Dalam erti kata lain, jika seorang prospek menaip satu keyword berkaitan dengan bisnes anda di Google, website anda tersenarai di antara nombor 1, 2 dan 3 di Google.

2. Komponen Utama SEO

SEO terdiri daripada beberapa komponen utama yang bekerja bersama untuk meningkatkan visibiliti website anda. Rujuk poin di bawah :

a. Crawling, Indexing dan Ranking

crawling indexing ranking
Kredit : Jumpfly

Crawling adalah proses di mana enjin carian seperti Google menggunakan bot atau “spider” untuk melawat website anda dan mengumpul maklumat.

Indexing pula adalah proses di mana maklumat yang dikumpul disimpan dalam pangkalan data enjin carian. Untuk memastikan website anda diindeks dengan betul, pastikan struktur website anda mesra bot enjin carian.

Ranking merujuk kepada sebuah website atau posisi website di Search Engine Results Pages (SERPs) berdasarkan keyword.

b. On-Page SEO

on page seo
Kredit : licdn

On-Page SEO merujuk kepada pengoptimuman elemen di dalam website anda seperti konten, tajuk, meta description, URL, dan penggunaan keyword dan semantic keyword di dalam website anda.

Contohnya, pastikan setiap page dioptimumkan dengan keyword yang relevan seperti “apa itu SEO” dan “search engine optimization” sebagai skrip dan signal kepada Google bahawa website ini mengandungi pelbagai konten berkaitan “SEO” dan “search engine optimization”.

c. Off-Page SEO

 

off page seo
Kredit : Semrush

Off-Page SEO melibatkan aktiviti luar website anda yang boleh mempengaruhi ranking, seperti backlink. Backlink adalah link dari website lain ke website anda.

Website yang mempunyai banyak backlink berkualiti biasanya mendapat kedudukan yang lebih tinggi di SERP.

Semakin banyak backlink berkualiti yang anda miliki, semakin tinggi autoriti website anda pada pandangan Google. Contoh backlink yang ada adalah :

  • UGC backlink
  • Paid backlink
  • Press release
  • Guest blogging
  • Footer backlink
  • Snippet backlink
  • Outreach backlink
  • Directory backlinks

d. Technical SEO

technical seo
Kredit : Reliable Soft

Technical SEO merangkumi aspek teknikal website anda yang boleh mempengaruhi crawling dan indexing. Ini termasuk kelajuan website, responsif untuk smartphone, dan struktur URL yang tersusun dan tepat.

Anda boleh gunakan tools seperti Google PageSpeed Insights untuk memeriksa dan meningkatkan kelajuan website anda.

Antara elemen utama dalam technical SEO adalah :

  • Sitemap
  • Page speed
  • Broken link
  • Breadcrumb
  • Internal linking
  • URL structure
  • Security (SSL)
  • 404 /301 pages
  • Structured data
  • Schema markup
  • Duplicate content

3. Kepentingan SEO untuk Bisnes di Malaysia

Sebenarnya, banyak bisnes di Malaysia yang menjadikan SEO sebagai strategi marketing terbesar mereka untuk menarik prospek yang sedang mencari produk/servis yang mereka tawarkan.

kenny hills baker
Kredit : Yumlist

Susunan funnel marketing yang betul samada anda menggunakan framework AIDA atau AARRR mampu memberi pulangan (ROI) yang besar jika anda tahu taktik dan teknik SEO untuk setiap fasa yang dilalui prospek.

aarrr funnel framework
Kredit : Four Weeks MBA

Di sini, kami kongsikan beberapa faedah SEO kepada bisnes anda :

  • Prospek jumpa brand anda – SEO adalah satu-satunya cara untuk prospek jumpa produk dan servis anda di Google dalam jangka masa panjang. Lazimnya, SEO mampu bertahan bertahun lamanya.

 

  • Dapat trafik berkualiti – Prospek yang betul akan buat research tentang brand anda di website dan Google Review. Jika anda fokus pada dua tempat ini, anda akan dapat trafik yang berkualiti.

 

  • Lebih murah dari paid ads – Anda tidak perlu keluarkan kos iklan seperti Google Ads, Facebook Ads dan Tiktok Ads yang biasanya memakan belanja 10% – 50% dari jualan syarikat anda.

“SEO bukan tentang bermain dengan enjin carian. Ia adalah tentang bermain dengan minda pengguna.”Ammon Johns

Baca : Cara Buat Website SEO Malaysia Guna WordPress 100%

Cara Memulakan SEO untuk Website Anda

a. Buat Keyword Research

keyword intent
Kredit : Semrush

Langkah pertama dalam SEO adalah melakukan keyword research untuk memahami apa yang pengguna cari.

Kemudian, pelajari rahsia dan seni di sebalik setiap tingkahlaku dalam keyword intent yang merangkumi ; informational, navigational, commercial dan transactional. 

Gunakan alat seperti Google Keyword Planner, Semrush atau Ahrefs untuk mencari keyword yang relevan dan mempunyai volume carian yang tinggi. Sila ambil tahu perbezaan di antara :

  • Buying keyword
  • Non-buying keyword

b. Bina Content Calendar & Content Pillar

seo content calendar

Content Calendar adalah satu dokumen yang digunakan blogger, penerbit dan bisnes tentang apa konten apa yang perlu dikeluarkan, bila, bagaimana dan sebagainya.

Manakala, Content Pillar adalah tema utama, topik dan subtopik yang bisnes anda ingin fokus kepada audiens di Google atau media sosial.

c. Susun URL Structure

url structure

Pastikan struktur website anda mudah digunakan dan dibaca oleh pengguna dan bot enjin carian.

Gunakan heading tags (H1, H2, H3) dengan betul untuk memperjelas struktur konten anda samada di sales page dan blog.

d. Buat Link Building

link building backlink
Kredit : Backlinko

Rangka strategi jangka panjang untuk link building samada secara organik atau berbayar kerana link building adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan autoriti website dalam niche dan industri yang anda berada sekarang.

Bayangkan sebulan anda bina 30 backlink baru, dalam masa 12 bulan anda berjaya mendapat 360 backlink!

Jika perlu, anda boleh gunakan perkhidmatan SEO agensi seperti Warbyasa untuk dapatkan backlink berkualiti dan servis link building.

e. Pantau Prestasi Website

google search console
Kredit : Practical Ecommerce

Gunakan alat seperti Google Analytics dan Google Search Console untuk memantau prestasi website anda. Analisis data ini membantu anda memahami apa yang berfungsi dan di mana anda perlu membuat penambahbaikan.

Data yang anda perolehi dari Google Analytics dan Google Search Console adalah alat untuk membuat keputusan dalam menyusun strategi SEO website anda.

“SEO adalah proses yang berterusan. Ia bukan sesuatu yang boleh anda lakukan sekali dan lupakan.” – Neil Patel

Sekarang anda telah memahami apa itu SEO dan kepentingannya untuk bisnes anda. SEO adalah alat yang berkuasa untuk meningkatkan visibiliti, menarik trafik organik, dan meningkatkan jualan sehingga 35% setiap bulan secara organik. Ingat, SEO adalah proses yang berterusan dan memerlukan usaha yang konsisten.

Dengan SEO yang berkesan, anda boleh membina kepercayaan dan kredibiliti di kalangan pelanggan anda, serta mencapai kejayaan yang berpanjangan dalam dunia digital. Teruskan belajar dan mengoptimumkan website anda untuk mencapai hasil yang terbaik.

 

servis seo

Similar Posts