pakar seo terbaik

Adakah SEO Dah Mati? Ini Jawapan 5 Pakar SEO Terbaik

Di Barat, stigma “SEO is dead” sudah berbunyi sejak tahun 2010 dan akan terus kedengaran sampai kiamat bila kita bercakap soal strategi digital marketing sungguhpun telah dijelaskan realitinya oleh pakar SEO terbaik dunia.

Pakar paid ads akan mengatakan SEO sudah tidak relevan lagi. Dan pakar media sosial pula akan mengatakan paid ads sudah tidak relevan lagi. Roda ini akan terus berpusing dalam dunia digital marketing.

Orang yang melaungkan SEO dah mati sebenarnya tidak faham asas Search Engine Optimization dan bagaimana SEO berfungsi.

Sedangkan, SEO, paid ads dan media sosial adalah elemen utama yang saling melengkapi dan sinergi dalam digital marketing.

Kenapa perkara ini berlaku? Bila isu ini mula diperkatakan? Dan apa sebenarnya yang menyebabkan orang berfikir demikian? Ini adalah persoalan yang sering kali menghantui minda mereka yang terlibat dalam digital marketing.

Baca : Adakah Tiktok Search Engine Selepas Google?

pakar seo terbaik

“53% daripada trafik website datang dari carian organik, manakala 27% datang dari carian berbayar seperti Google Ads dan Display Ads.” Backlinko

Baca : Apa Kelebihan Local SEO di Malaysia Untuk Bisnes Anda?

Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan kenapa SEO belum mati dan kenapa SEO masih kekal sebagai strategi digital marketing yang paling ampuh untuk menaikkan kualiti brand dan mendapat pelanggan secara organik di Google.

“SEO is not dead. It’s just getting started.”Neil Patel

SEO Tidak Mati: Pandangan 5 Pakar SEO Terbaik

1. Google Analyst : Gary Illyes

Gary Illyes, seorang Analyst di Google dalam divisyen Search Terms, menyatakan bahawa SEO tidak akan mati selagi wujudnya enjin carian.

Untuk rekod, Google sentiasa mengemaskini algoritma mereka untuk memberikan hasil carian yang terbaik kepada pengguna Google.

Ini bermakna, SEO akan sentiasa berevolusi seiring dengan evolusi manusia dalam beradaptasi dengan knowledge economy secara online.

gary illyes
Kredit : Search Engine Land

2. Pakar SEO : Brian Dean

Brian Dean merupakan pengasas Backlinko, menekankan bahawa SEO bukan sahaja tentang keyword dan backlink, tetapi juga tentang pengalaman pengguna.

Google Search kini semakin canggih dan bijak dalam memahami niat pengguna dan memberikan hasil yang relevan. Antara intent dalam SEO adalah :

  • Navigational – Pengguna mencari spesifik website
  • Informational – Pengguna mencari info pada topik
  • Commercial – Pengguna mengkaji produk/servis
  • Transactional – Pengguna mencari spesifik produk/servis

SEO yang fokus kepada pengalaman pengguna akan terus relevan di Google untuk jangka masa panjang.

brian dean
Kredit : Uplead

3. Pakar SEO: Rand Fishkin

Rand Fishkin pengasas Moz, menyatakan bahawa SEO adalah tentang membina kepercayaan dan autoriti.

Website yang mempunyai konten berkualiti tinggi dan backlink dari website berautoriti tinggi akan terus mendapat tempat di SERP Google.

Hanya website yang berautoriti tinggi akan kekal relevan dan website yang tidak mempunyai autoriti akan menjadi sejarah.

rand fishkin
Kredit : Threads

4. Pakar SEO : Aleyda Solis

Aleyda Solis adalah seorang perunding SEO antarabangsa, menyatakan bahawa SEO sentiasa berubah dan berkembang tahun demi tahun.

SEO kini merangkumi pelbagai aspek termasuk Google Voice, Google Lens, Local Search dan terkini adalah Gemini.

Semua produk di atas adalah hasil dari evolusi Google dalam meningkatkan produktiviti harian pengguna Google.

Logiknya, jika semua manusia yang menggunakan infrastruktur Google ini mendapat manfaat positif, bisnes turut tidak terkecuali akan mendapat faedah.

aleyda solis
Kredit : Turing Fest

5. Pakar SEO: Lily Ray

Lily Ray, seorang pakar SEO di Path Interactive, menekankan bahawa SEO adalah tentang memberikan nilai kepada pengguna.

Website yang menyediakan konten yang bermanfaat dan relevan dalam bentuk solusi akan terus mendapat tempat di hasil carian SERP Google.

Semakin berkualiti konten yang anda hasilkan, semakin tinggi kualiti brand dan reputasi anda di kalangan audiens di Google.

Sungguhpun anda menggunakan backlink strategy untuk website dengan konten berkualiti rendah, audiens akan meninggalkan review negatif sekaligus menyebabkan anda tidak relevan di Google.

Baca : Backlink – Definisi & Fungsi

lily ray
Kredit : SEOlium

“SEO is a marathon, not a sprint.”John Mueller

Adakah SEO dah mati? Jawapannya adalah tidak. SEO masih merupakan salah satu strategi utama dalam digital marketing untuk menaikkan kualiti dan reputasi brand anda.

Baca : 5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google! (Contoh)

Saban tahun, SEO sering dilihat sebagai tidak relevan oleh mereka yang menggunakan Google untuk mencari “7-11 near me”, “restoran near me”, membaca review satu produk di Google dan membuat carian akan masalah kesihatan yang mereka hadapi.

Sebuah syarikat gergasi seperti Google dengan nilai $US 2.2 trilion dan diapit 27,100 orang software engineer terbaik di dunia tidak akan membenarkan Google mati sama sekali dalam apa jua keadaan dan situasi.

Similar Posts