http status code

Memahami HTTP Status Code Dalam Mazhab SEO (2025)

Masalah klasik yang tak pernah habis — 404 dan 500 atau HTTP status code. Dua status code ini kerap buat SEO Specialist dan SEO Executor pening kepala. Bayangkan bila crawl error bertubi-tubi masuk dalam Search Console dan ranking merudum secara senyap. Atau bila migration site gagal dan homepage dipenuhi error 500 yang langsung tak mesra pengguna.

Masalah seperti:

  • Crawl budget Googlebot terbazir pada page error

  • User experience musnah sebab broken link tak diselesaikan

  • Ranking drop kerana status code yang tidak diurus dengan betul

Baca : 13 Checklist Untuk Belajar SEO Dari Website Sendiri (2025)

http status code

Semua ini boleh dielakkan jika anda faham betul-betul apa itu HTTP status code, kenapa ia penting, dan bagaimana nak tangani.

“Don’t redirect all 404s to your homepage — that makes it harder for us to recognize soft 404s.”
John Mueller, Google

Apa Itu HTTP Status Code?

HTTP status code ialah mesej komunikasi antara server dan browser. Bila user atau Googlebot akses website, server akan balas dengan kod tertentu yang menunjukkan status permintaan (request). Setiap kod ini membawa maksud yang berbeza — sama ada permintaan berjaya, diarahkan, ditolak atau gagal.

http status code

Contohnya seperti ini :

  • 200 bermaksud “OK”

  • 404 bermaksud “Page Not Found”

  • 500 bermaksud “Internal Server Error”

Kenapa HTTP Status Code Penting?

Untuk SEO Specialist dan Executor, status code ialah kunci komunikasi teknikal dengan Googlebot. Kalau tersilap kod, ranking boleh jatuh, user boleh lari, dan crawl budget boleh terbazir. Antara kesannya:

  • Crawl errors menyebabkan page tidak diindeks.

  • Redirect chain atau loop menyebabkan pengalaman pengguna terganggu.

  • Error 500 berpanjangan menyebabkan site dianggap “down” oleh Google.

Baca : Ini 4 Cara Menaikkan SEO di Google Anda Boleh Tiruvasi

http status code

Jenis HTTP Status Code

200 Status Code

Kod “OK” — menandakan semua berjalan lancar. Page boleh dicrawl dan diindeks dengan baik.

300 Status Code

Kod redirect. Contoh: 301 (permanent), 302 (temporary). Sangat penting dalam site migration dan pengurusan URL lama.

400 Bad Request

Permintaan tidak difahami oleh server. Boleh terjadi akibat URL rosak atau parameter salah.

403 Forbidden

Server faham permintaan, tapi tak benarkan akses. Biasa berlaku pada page private atau IP disekat.

429 Resource Exhausted

Terlalu banyak permintaan dalam masa singkat. Biasa terjadi bila bot crawl tanpa had.

500 Internal Server Error

Server gagal memproses permintaan. Ini mimpi ngeri bila berlaku pada homepage atau landing page utama.

503 Service Unavailable

Server overload atau under maintenance. Perlu alert kalau sering berlaku waktu trafik tinggi.

504 Gateway Timeout

Server tak respon dalam masa yang ditetapkan. Biasanya masalah dengan upstream server.

Cara Tangani Masalah HTTP Status Code

200 Status Code

Pastikan semua page utama, content penting, dan landing page pulangan 200 yang bersih. Audit menggunakan crawl tools seperti Screaming Frog.

300 Status Code

Gunakan 301 redirect untuk redirect kekal, dan elakkan redirect chain lebih dari dua tahap. Pantau dengan tools seperti Link Redirect Trace.

400 Bad Request

Semak URL structure, pastikan tiada typo, dan parameter betul. Audit link dari internal linking & external backlink.

403 Forbidden

Semak robots.txt, permission folder/file, atau setting di firewall. Whitelist Googlebot jika perlu.

429 Resource Exhausted

Rate-limit bot dengan bijak. Gunakan Google Search Console untuk kawal crawl rate.

500 Internal Server Error

Semak log server. Selalunya berpunca dari plugin rosak, query berat, atau server configuration.

503 Service Unavailable

Pastikan ada sistem alert bila downtime berlaku. Gunakan cache, load balancing dan server scaling.

504 Gateway Timeout

Audit performance backend. Gunakan CDN atau optimize database jika perlu.

Cara Semak Status Code Website Anda

Guna Chrome Extension : Link Redirect Trace

http status code

Chrome Extension dari Link Redirect Trace ini boleh detect semua redirect, status code, dan header info. Wajib untuk audit harian.

Guna WebFX Status Tools

http status code

Anda hanya perlu masukkan URL di WebFX dan lihat terus status code. Sesuai untuk pemantauan pantas dan percuma.

SEO Tools : Semrush & Ahrefs

http status code

Gunakan Site Audit dari Semrush untuk kenal pasti broken links, redirect error dan HTTP response yang abnormal.

Kesimpulan

HTTP status code bukan sekadar angka tiga digit. Ia adalah nyawa teknikal SEO. Dengan memahami setiap kod dan cara menanganinya, anda bukan sahaja boleh elakkan penalti, malah optimasi crawl budget dan naikkan ranking website secara konsisten.

Untuk tahun 2025, SEO teknikal ialah perbezaan antara site yang hidup dan site yang tenggelam dalam SERP.

Similar Posts