backlink

Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Bermula tahun 2024, Google algoritma telah menetapkan bahawa backlink adalah salah satu indikator penting dalam mempengaruhi autoriti sebuah website dan faktor utama website tersebut ranking di SERP Google.

Seperti ramai SEO marketer dan web developer di Malaysia, saya juga mengalami kekeliruan akan definisi, jenis dan gerak kerja backlink dalam SEO.

“Backlinks remain an extremely important Google ranking factor.”Brian Dean

backlink

Untuk pengetahuan anda, terdapat lima elemen utama dalam menentukan impak backlink pada sebuah website ;

  • Autoriti website
  • DoFollow vs NoFollow
  • On Page link placement
  • Jumlah semantic keyword
  • Nisbah anchor text di page/website

Artikel ini akan menerangkan secara holistik tentang spektrum backlink merangkumi asas, jenis dan gerak kerja backlink yang berkualiti untuk website anda ranking di Google.

Baca : Off Page SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Apa Itu Backlink?

Backlink merujuk kepada hyperlink dari website lain yang ditujukan ke website anda. Seolah-olah hyperlink tersebut adalah ‘undi percaya’ dari website lain kepada website anda. 

backlink
Kredit : Linkedin

Backlink ini akhirnya memberi signal kepada crawler Google bahawa website anda mendapat kepercayaan dari website lain yang mempunyai kredibiliti dan nilai dalam niche dan industri mereka.

Contoh mudah adalah, seorang pelajar yang mendapat pujian dari guru di sekolah. Semakin ramai guru yang memuj pelajar tersebut, semakin tinggi penghormatan dan kepercayaan pelajar lain kepada pelajar tersebut.

Kenapa Backlink Penting?

Backlink penting sebagai signal yang meningkatkan autoriti dan kedudukan website anda di SERP secara kasar.

Untuk info, Google menilai nisbah backlink dan kualiti backlink yang anda terima dan merumuskan kualiti website anda dari dua data ini.

backlink
Kredit : Moz

Bagaimana Nak Buat Backlink?

Backlink dilaksanakan apabila website lain link-kan kembali sebuah teks ke website anda. Ia boleh berlaku dalam bentuk :

  • Forum
  • Artikel
  • Fail PDF
  • Direktori
  • Media sosial
  • Aset website
contoh backlink
Kredit : Seoptimer

Akan tetapi, apa yang perlu anda kejar bukanlah jumlah backlink. Sebaliknya, anda perlu kejar kualiti backlink. 2  backlink sebulan dari website dengan autoriti tinggi (High DA) jauh lebih baik dari 200 backlink dari website toksik.

Baca : Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Bila Kena Buat Backlink?

Sebaiknya anda cipta satu gerak kerja mingguan dan bulanan untuk mendapatkan backlink secara konsisten dari blogger, pengguna produk/servis dan portal media dengan objektif meningkatkan ranking website di Google.

Semakin awal anda menjalankan gerak kerja backlink, semakin tinggi domain authority (DA) anda. Sampai satu masa kelak, anda tidak perlu menunggu lama untuk artikel atau pages anda ranking di Google.

Jenis Dan Kualiti Backlink

backlink
Kredit : Quora

Ada banyak jenis backlink dan kualiti backlink. Ini termasuk backlink yang diberi secara percuma dan berbayar. Setiap backlink yang diterima perlu disemak dan perlu dibuang (Disavow) jika datang dari website yang toksik.

Malangnya, majoriti backlink yang diterima hari ini adalah dari website yang dikategorikan sebagai toksik, spamming dan berisiko tinggi oleh Google.

3 Cara Efektif Mendapatkan Backlink

broken link example
Kredit : Ahrefs

1. Guest Posting

Menulis artikel sebagai penulis jemputan di website yang membenarkan hyperlink ke website anda. Ini cara paling efektif dan anda boleh mulakan dengan komuniti dalam niche dan industri anda.

2. Broken Link Building

Cari link rosak (broken link) di mana-mana website dan hantar email kepada webmaster untuk hyperlink ke website anda sebagai ganti. Usaha ini agak meletihkan tetapi mudah jika anda menggunakan SEO tools yang betul.

3. Promosi Konten

Ini teknik yang konvensional di mana anda terbitkan artikel berkualiti tinggi dan meminta website lain untuk memberikan hyperlink dalam bentuk citation kepada artikel/website anda.

Baca : On Page SEO : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Kesimpulannya, backlink adalah elemen penting dalam strategi SEO untuk meningkatkan autoriti dan ranking website anda di Google.

Dengan gerak kerja backlink yang betul dan konsisten, anda mampu dapatkan backlink yang berkualiti sekaligus mencapai objektif SEO yaqni berada dalam top 3 ranking SERP di Google.

Similar Posts