belajar seo

13 Checklist Untuk Belajar SEO Dari Website Sendiri (2024)

Belajar SEO boleh jadi mengelirukan dan memenatkan kerana industri SEO dipenuhi dengan fakta dan data yang salah.

Dicampur lagi dengan disiplin dan gerak kerja mengikut pelbagai mazhab seperti white hat, grey hat dan black hat dalam SEO.

Sebagai pemula, saya akan kongsikan tips & strategi untuk anda belajar SEO satu persatu di sini yang bermula dengan :

  • Asas SEO
  • Do’s dalam SEO
  • Elemen dalam SEO
  • Gerak kerja dalam website SEO

Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit

Antara lubuk untuk anda belajar SEO secara efektif adalah menerusi :

  1. Video – Olga Zarr
  2. Buku – Traffic Secrets
  3. Blog – Ahrefs, SemrushBacklinko

belajar seo

Antara individu SEO yang anda perlu follow di Twitter (X) adalah :

 “Commit to a niche; try to stop being everything to everyone.” Andrew Davis

Seterusnya, saya akan kongsikan panduan untuk belajar SEO dengan membina website sendiri yang SEO-friendly. Sila baca artikel ini sampai habis.

Asas SEO 

Kenapa SEO Penting?

Bayangkan anda menjual produk paling bagus dengan harga berpatutan di satu kawasan, tapi tiada pelanggan yang dapat mencarinya.

SEO bertindak sebagai penunjuk arah kepada audiens dan membimbing pengguna ke website anda berdasarkan keyword yang mereka cari di Google. Dari meningkatkan trafik organik, meningkatkan kredibiliti dan mendatangkan sales.

“Bisnes yang ada premis dan jual produk fizikal paling memerlukan SEO supaya lebih ramai orang menjumpai premis mereka di Google.”

Apa itu SEO?

SEO adalah tentang mengoptimumkan laman anda untuk kedudukan yang lebih tinggi di SERP Google. Ini termasuk elemen pada laman seperti keyword dan meta tag, serta strategi link building seperti backlinks.

Contohnya, Yezza syarikat SaaS berjaya capai 20,000 – 30,000 trafik organik dalam masa 9 bulan dengan target 50-60 keyword yang berkaitan dengan produk mereka.

Cara Nak Buat SEO

Mulakan dengan audit website, publish konten berkualiti tinggi, dan optimumkan aspek teknikal website. Kerja-kerja ini lazimnya memakan masa di antara 30 hari – 90 hari.

Rangka strategi link building jangka panjang untuk dapat backlink berkualiti dari website berautoriti tinggi dalam niche dan industri anda.

Do’s Dalam SEO

Masalah dengan teknikal SEO adalah, ada terlalu banyak kerja yang leceh, renyah dan berulang anda perlu buat untuk sebuah website.

Rujuk infografik di bawah untuk memahami konteks dalam bentuk impak, kadar kejayaan dan tahap kesukaran. 

belajar seo
Kredit : Ahrefs

Di Warbyasa, kami telah temui teknik yang paling cepat untuk anda optimumkan website dan dalam masa belajar SEO dari website anda. Antara tugasannya adalah :

  • FAQ
  • Imej
  • Konten
  • Content
  • Mention
  • Indexing
  • Directory
  • Title tags
  • Internal link
  • Core Web Vitals
  • Featured Snippets
  • Orphan / Dead page
  • Google Business Profile

Elemen Dalam SEO

belajar seo
Kredit : Suso Digital

1. On Page SEO

On Page SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan elemen dalam website untuk meningkatkan kedudukan website di enjin carian seperti Google.

Anda boleh baca secara lengkap tentang On Page SEO di sini.

2. Off Page SEO

Off Page SEO merujuk kepada gerak kerja yang  dijalankan di luar website dengan objektif meningkatkan autortiti dan ranking website di enjin carian seperti Google.

Anda boleh baca secara lengkap tentang Off Page SEO di sini.

3. Teknikal SEO

Teknikal SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan elemen teknikal dalam website untuk meningkatkan kedudukan website di enjin carian.

Anda boleh baca secara lengkap tentang Teknikal SEO di sini.

Checklist Untuk Belajar SEO Dari Website Sendiri

1. Buat Keyword Research 

Keyword research adalah asas kepada strategi SEO anda.  Ia membantu anda memahami apa yang dicari oleh pengguna di enjin carian dan bagaimana anda boleh menyasarkan keyword tersebut untuk menarik trafik yang berkaitan.

“Keyword research adalah 50% daripada kerja asas SEO yang menentukan halatuju website anda.”

Cara Buat Keyword Research

Gunakan tools seperti Semrush, Ahrefs atau Google Keyword Planner untuk mengenal pasti keyword yang berkaitan dengan niche anda.

Fokus pada keyword dengan jumlah carian yang tinggi dengan persaingan yang rendah (KD : 0-30). Masukkan keyword ini secara semula jadi ke dalam konten website anda, tajuk, dan meta tag.

2. Tulis Title Tag & Meta Ikut Target Keyword 

Tajuk dan meta tag yang dioptimumkan membantu bot crawler Google memahami konteks dan konten website anda sekaligus meningkatkan kadar klik (CTR) dari SERP Google.

Cara Susun Title Tag & Meta

Caranya, pastikan setiap page mempunyai tajuk unik dan menarik yang merangkumi keyword utama. Tulis meta description yang relevan dengan topik untuk menarik minat pengguna klik website anda.

Ada banyak tools yang anda boleh gunakan untuk Metadata ini seperti

  • Yoast SEO
  • Rank Maths
  • SEOPress

3. Struktur URL Mesra SEO

URL yang bersih dan deskriptif membantu enjin carian dan pengguna memahami kandungan page dengan lebih baik.

Cara Susun Struktur URL

Gunakan URL yang pendek (baca : sependek mungkin) dan mengandungi keyword utama. Elakkan penggunaan angka dan simbol yang tidak diperlukan. Contohnya :

salah : "www.lamanweb.com/p=1234/09-05-2025/artikel"

betul : www.lamanweb.com/produk-terbaik"

Kemudian, pastikan website anda mempunyai SSL Certificate yang akan memberi kod “HTTPS” kepada URL website anda. HTTPS adalah faktor ranking di Google dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa website anda selamat.

Ada banyak syarikat hosting yang menawarkan pemasangan SSL percuma. Pastikan semua halaman diakses melalui HTTPS dan bukan HTTP.

4. Reka Bentuk Responsif

Website yang responsif memberikan pengalaman pengguna (user experience) yang baik di semua peranti, dari desktop hingga telefon pintar, yang penting untuk SEO.

Cara Reka Bentuk Website Progresif

Gunakan reka bentuk responsif atau themes pada WordPress yang dioptimumkan untuk semua jenis peranti (dekstop, mobile, tablet). Uji website anda di pelbagai peranti dan resolusi untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

5. Tingkatkan Kelajuan Website

Website yang laju meningkatkan pengalaman pengguna dan ranking SEO. Pengguna cenderung meninggalkan website yang lambat, yang boleh meningkatkan kadar lantunan. Cadangan kelajuan : 3 saat maksimum.

Cara Tingkatkan Kelajuan Website

Optimumkan gambar dengan cara guna format WebP atau AVIF, gunakan caching, dan kurangkan penggunaan skrip berat seperti JavaScript. Gunakan alat seperti Google PageSpeed Insights untuk menguji dan memperbaiki kelajuan website anda.

6. Menu Bar Mesra Pengguna

Navigasi atau menu bar yang jelas dan mudah membantu pengguna mencari maklumat dengan cepat, meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan bounce rate website anda.

Cara Buat Menu Bar Mesra Pengguna

Perancangan bermula dalam taxonomy struktur website dengan kategori dan subkategori yang tepat. Gunakan menu drop-down yang mudah diakses. Pastikan setiap page membantu pengguna menemui konten berkaitan.

7. Bina Konten Berkualiti 

Konten berkualiti adalah magnet trafik dan bakclink. Konten yang baik membantu website anda dilihat  berautoriti dalam niche dan industri yang anda berada.

Cara Bina Konten Berkualiti

Tulis artikel, blog, dan panduan yang memberi nilai kepada pengguna. Pastikan konten anda unik, relevan, dan dioptimumkan dengan keyword.

Gunakan gambar dan video yang relevan untuk beri experience tambahan sewaktu audiens membaca konten anda.

8. Penggunaan Header Tags

Header tags (H1, H2, H3, dll.) membantu crawler Google memahami struktur konten dan landing page anda. Ini sekaligus meningkatkan readability dan audiens melihat konten anda tersusun dan relevan dengan mereka.

Cara Guna Heading Tags

Gunakan H1 untuk tajuk utama, H2 untuk sub tajuk, dan H3 untuk bahagian kecil dalam kandungan. Pastikan setiap halaman mempunyai hanya satu H1 dan gunakan keyword dalam header tags.

9. Kecilkan Saiz Gambar

Gambar yang dioptimumkan (dikecilkan saiz tanpa mengorbankan kualiti) meningkatkan kelajuan website dan membantu dalam pencarian imej Google.

Cara Kecilkan Saiz Gambar

Gunakan format gambar yang sesuai (JPEG, PNG) dan compress gambar sebelum dimuat naik. Anda juga boleh muat naik gambar dan gunakan plugin WordPress untuk jadikan semua gambar dalam format WebP dan AVIF.

10. Internal Linking

Internal linking membantu pengguna dan crawler Google menggunakan website anda dengan lebih baik dan memahami struktur website, page dan artikel anda. 

Cara Susun Internal Linking

Masukkan link berkaitan dengan topik & subtopik ke page lain yang relevan di website anda. Cara kedua adalah masukkan link artikel yang relevan di dalam artikel lain.

11. Cipta XML Sitemap

XML Sitemap membantu crawler Google index semua pages di dalam website anda dengan lebih cekap dan pantas. Tanpa XML Sitemap, banyak page dalam website anda tidak ditemui crawler Google.

Kalau crawler Google pun tak jumpa, apatah lagi manusia nak jumpa.

Cara Cipta XML Sitemap

Gunakan alat seperti Yoast SEO untuk membuat peta laman XML secara automatik. Hantar peta laman anda ke Google Search Console.

12. Penstrukturan Data (Schema Markup)

Schema Markup adalah satu kod yang memberi informasi kepada crawler Google yang membantu  memahami konten website anda dengan lebih baik dan meningkatkan visibiliti website anda di SERP Google.

Cara Buat Schema Markup

Gunakan tools seperti Merkle untuk menambah markup ke page di website anda. Alat seperti Google’s Structured Data Markup Helper boleh membantu dalam proses ini.

13. Strategi Link Building

Untuk meningkatkan autoriti website anda dalam satu niche dan industri, anda perlu dapatkan backlink berkualiti dari website yang berautoriti tingig.

Ini sahaja cara untuk meningkatkan autoriti dan ranking website anda. Anda perlu buat secara strategik dan link building bukanlah kempen 30 hari atau 90 hari sahaja. Ia adalah strategi bertahun-tahun lamanya.

Cara Buat Strategi Link Building

Bina hubungan dengan brand lain dalam niche anda dan minta mereka untuk beri backlink dengan cara menawarkan guest blogging yang akan link kembali ke website anda.

Anda perlu gunakan tools seperti Semrush dan Ahrefs untuk mencari peluang dan potensi backlink dalam niche dan industri anda. Kemudian, buat hantar email untuk tawaran kerjasama tersebut.

Semua checklist di atas telah digunakan oleh majoriti SEO profesional dan pemain industri dalam SEO untuk ranking di SERP Google. Anda boleh gunakannya untuk belajar SEO dari website sendiri dengan bangunkannya mengikut disiplin SEO.

Sungguhpun hanya 6% website yang berjaya rank di first page Google, anda patut beri peluang dan ruang untuk diri anda mencuba. Mulakan dengan keyword dengan carian tinggi dan rendah keyword difficulty. Moga-moga anda dapat belajar SEO secepat mungkin!

Similar Posts