on page seo

On Page SEO : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Mencipta konten yang berkualiti untuk website sebenarnya bermula dengan On Page SEO yang merangkumi beberapa faktor seperti Meta Data; Title Tag, Meta Tag, URL dan banyak lagi.

Ada pelbagai mazhab dalam disiplin SEO yang menambahkan kekeliruan marketer dan web developer dalam memahami asas, logik dan gerak kerja teknikal On Page SEO.

on page seo

Jika anda menghadapi masalah dengan On Page SEO, tahniah kerana anda sedang membaca artikel dalam Bahasa Malaysia yang akan menerangkan secara holistik definisi dan bagaimana On Page SEO berfungsi.

“Good SEO work only gets better over time. It’s only search engine tricks that need to keep changing when the ranking algorithms change.”Jill Whalen

Apa Itu On Page SEO?

On Page SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan elemen dalam website untuk meningkatkan kedudukan website di enjin carian seperti Google. Proses ini termasuk menggunakan targeted keyword yang betul dan relevan, struktur URL yang teratur, penggunaan heading tags, dan konten mengikut garis panduan E-E-A-T dari Google.

google eeat
Kredit : Red Cow Media

Baca : Off Page SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Contoh On Page SEO

On Page SEO adalah seperti maklumat dalam sebuah novel. Sebuah novel lazimnya mempunyai beberapa elemen seperti :

  • Tajuk yang jelas
  • Muka surat setiap tajuk
  • Isi kandungan dalam buku
  • Kesimpulan di akhir buku
  • Rujukan penghasilan buku

Kenapa On Page SEO Penting?

On Page SEO penting kerana ia membantu crawler Google untuk faham konteks dan konten website anda dengan lebih baik dan pantas.

Dalam bahasa mudah, On Page SEO membenarkan pengguna Google menjumpai konten yang relevan yang ada pada website anda secara organik tanpa perlu buat Tiktok Live atau Google Ads.

Bayangkan On Page SEO sebagai peta yang memberi info kepada pengunjung sebuah perpustakaan untuk mencari dan melihat buku anda di perpustakaan. Jika peta itu jelas dan teratur, lebih ramai orang akan dapat menemui buku anda dengan cepat.

Buat On Page SEO Di Mana? 

on page seo
Kredit : Kinsta

On-Page SEO dilaksanakan di setiap pages dan setiap konten dalam website anda. Ia merangkumi struktur URL, tajuk, konten, gambar/video, serta elemen teknikal seperti title tags, meta tags dan meningkatkan kelajuan website.

Jika anda menggunakan WordPress, anda boleh buat On Page SEO menggunakan plugin SEO seperti Yoast SEO, Rank Math atau SEOPress.

Baca : Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Bila Kena Buat On Page SEO?

Anda wajib buat On Page SEO setiap kali menulis artikel, membuat landing page atau sewaktu optimized website anda. Jika sebuah website itu baru, anggap sahaja itu kerja wajib yang perlu dijalankan untuk setiap seksyen dalam website.

Sama seperti menulis surat kepada seseorang, anda mungkin perlu menyemak semula dan memastikan surat itu jelas dan betul sebelum menghantarnya. Begitu juga dengan On Page SEO, ia perlu diperiksa dan sentiasa di optimized.

“Off-page SEO might get you links, but it’s on page SEO that gets you customers.”Neil Patel

Tools On Page SEO Untuk WordPress Anda Boleh Guna

On Page SEO adalah kunci untuk meningkatkan visibiliti website anda di Google dan menarik lebih banyak organik trafik tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos iklan.

Baca : Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi

Ubah cara fikir anda supaya setiap kali ingin mencipta konten, ciptalah konten untuk manusia dan crawler Google agar kedua-duanya mendapat pengalaman yang baik (UI/UX) dan anda dapat tarik lebih banyak organik trafik dengan On Page SEO.

Mula dengan optimized setiap aspek On Page SEO pada plugins yang anda gunakan merangkumi struktur URL hingga target keyword dan akhirnya naikkan website speed anda. Komitmen dan disiplin anda buat hari ini, akan menjadi sangat berbaloi satu hari nanti.

Similar Posts