Apa Itu SEO dan SEM? Ini 5 Penerangan Lengkap (Infografik)
Samada anda seorang digital marketer atau usahawan, ramai orang yang keliru dengan perbezaan di antara SEO dan SEM. Soalnya, apa itu SEO dan SEM?
Untuk pengetahuan anda, SEO dan SEM adalah dua proses yang berbeza dalam aktiviti digital marketing dengan objektif yang sama yaqni meningkatkan trafik ke website.
“Tahukah anda, SEO atau Search Engine Optimization mula menjadi popular semenjak tahun 1997 lagi dan SEM menerusi Google Ads mula diperkenalkan pada 23 Oktober 2000.”
Cabaran sebenar sebuah website adalah mendapatkan trafik dari prospek yang berminat dengan produk/servis secara konsisten.
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan secara holistik spektrum perbezaan di antara SEO dan SEM serta memahami bagaimana cara untuk menggunakannya dalam konteks bisnes.
“The only thing Google has failed to do, so far, is fail.” – John Battelle
Apa Itu SEO dan SEM?
SEO dan SEM adalah dua strategi yang berbeza tetapi saling melengkapi dan berkaitan dalam konteks digital marketing.
SEO merupakan akronim kepada Search Engine Optimization dan merujuk kepada aktiviti-aktiviti berpanjangan dengan objektif meningkatkan ranking website di Google.
Dalam usaha untuk meningkatkan ranking website di Google, ada beberapa elemen yang terlibat seperti ;
- On Page SEO
- Off Page SEO
- Teknikal SEO
Baca : Apa Itu On Page SEO?
Baca : Apa Itu Off Page SEO?
Baca : Apa Itu Teknikal SEO?
Proses untuk sebuah website rank di Google secara organik di SERP (Search Engine Results Page) memakan masa minimum 120 hari dan ada yang lebih lama daripada itu.
SEM pula adalah akronim kepada Search Engine Marketing dan merujuk kepada penggunaan iklan berbayar di Google yang merankumi Google Ads dan Display Ads.
Objektif utama SEM adalah untuk meningkatkan frekuensi visibiliti website anda supaya mendapat trafik pada kadar segera. Hari ini anda gunakan SEM, hari ini anda mampu dapat leads dan pelanggan.
Terdapat lapan jenis kempen yang anda boleh jalankan menggunakan SEM dalam platform Google Ads. Antaranya ;
- App
- Smart
- Video
- Search
- Local
- Display
- Shopping
- Discovery
Untuk faham secara lebih detail perbezaan dan cara penggunaan SEO dan SEM, anda boleh rujuk infografik di bawah.
5 Perbezaan Antara SEO Dan SEM
1. Objektif
SEO : Meningkatkan ranking di Google secara organik.
SEM : Mendapatkan trafik segera melalui iklan berbayar di Google.
2. Masa
SEO : 4 bulan – 12 bulan untuk rank di SERP Google.
SEM : Impak serta-merta bergantung kepada bajet & keyword.
3. Kos
SEO : Kos rendah.
SEM : Iklan berbayar
4. Kepercayaan
SEO : Lebih dipercayai prospek yang mencari spesifik keyword.
SEM : Dilihat sebagai iklan dan kurang dipercayai prospek.
5. Kesan
SEO : Meningkatkan nilai brand dan backlink profile jangka panjang.
SEM : Dapat trafik signifikan bergantung kepada bajet pada kadar segera.
Penjelasan Tentang SEO dan SEM
Objektif
SEO bertujuan untuk meningkatkan ranking website secara organik. Ini bermaksud, apabila prospek mencari informasi yang berkaitan dengan bisnes anda, website anda akan muncul di bahagian atas SERP tanpa perlu mengeluarkan kos iklan.
On Page SEO dan Off Page SEO memainkan peranan penting dalam mencapai objektif ini.
SEM pula menggunakan iklan berbayar untuk meningkatkan visibiliti di Google menerusi Google Ads. Teknik ini membolehkan website anda muncul di bahagian atas hasil carian berdasarkan keyword.
Masa
SEO memerlukan masa yang lebih lama kerana ia bergantung kepada usaha-usaha organik seperti pengoptimuman kandungan dan pembinaan backlink. Hasilnya memakan masa di antara 4 bulan – 12 bulan.
SEM sebaliknya, memberi hasil yang lebih cepat kerana ia bergantung kepada iklan berbayar. Sebaik sahaja kempen iklan dilancarkan, website anda akan mula menerima trafik dengan segera (real-time).
Kos
SEO biasanya melibatkan kos yang rendah dalam jangka masa panjang dan kos yang terlibat adalah untuk software & tools untuk konten, teknikal SEO dan backlink sahaja.
SEM memerlukan kos iklan berterusan. Setiap kali prospek klik iklan anda, anda perlu membayar sejumlah wang kepada Google. Jika anda ingin leads, anda perlu belanja kos iklan.
Kepercayaan Pengguna
SEO sering dianggap lebih dipercayai oleh pengguna kerana hasil carian organik dilihat sebagai lebih relevan dan kurang bersifat komersial. Pengguna cenderung lebih mempercayai hasil carian organik berbanding iklan berbayar.
SEM boleh dianggap kurang dipercayai kerana ia adalah iklan berbayar. Pengguna mungkin menganggap iklan sebagai kurang relevan atau komersial berbanding hasil carian organik.
Kesan
SEO meningkatkan profil backlink dan kesihatan keseluruhan website. Usaha-usaha pengoptimuman akan memperbaiki keupayaan website anda untuk menarik dan mengekalkan trafik organik.
SEM memberi kesan jangka pendek yang signifikan dengan trafik segera. Walaupun manfaatnya mungkin tidak berpanjangan, ia boleh membantu dalam mencapai matlamat jangka pendek seperti promosi atau pelancaran produk.
Contoh SEO dan SEM
Sebagai contoh, sebuah kedai online yang menjual pakaian boleh menggunakan SEO untuk memastikan website mereka muncul di hasil carian organik untuk keyword “baju fesyen 2025” atau “baju baby murah Malaysia”. Ini memerlukan On Page SEO dan strategi backlink berpanjangan (6 bulan – 12 bulan)
Baca : Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Pada masa yang sama, kedai online itu juga boleh menggunakan Google Ads dengan sasarkan keyword “baju fesyen 2025” atau “baju baby murah Malaysia” untuk menarik pembeli, membeli di kedai online mereka dalam 24 jam.
“The best place to hide a dead body is page two of Google search results.” – Anonymous
Secara ringkas, SEO dan SEM adalah dua strategi yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam digital marketing dengan objektif yang sama.
SEO membantu meningkatkan trafik organik dan membina trust prospek & pelanggan dalam jangka masa panjang. SEM pula memberikan impak segera menerusi iklan berbayar di Google.
SEO bukan sahaja membantu dalam ranking di Google, tetapi juga membantu perniagaan anda untuk mendapatkan trafik yang konsisten dan berkualiti, yang boleh meningkatkan jualan sehingga 56% secara organik setiap bulan. Mulakan gerak kerja SEO website anda hari ini dan lihat impaknya pada brand anda.