Ini 4 Cara Menaikkan SEO di Google Anda Boleh Tiruvasi
Hari ini, mempunyai website bisnes sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan trafik secara organik di Google. Majoriti usahawan tidak tahu cara menaikkkan SEO di Google dengan betul untuk dapatkan trafik organik.
Membangunkan website dan mendapat manfaat dari website itu adalah dua benda dan disiplin yang berbeza. Website yang tidak SEO-friendly hanyalah satu lagi website yang tiada pengunjung.
“Berdasarkan pengalaman kami, ada website yang sudah berusia lebih 5 tahun dengan kosong trafik organik.”
Tambahan, ada stigma yang mengatakan SEO adalah semudah menulis artikel SEO, upload dan tunggu audiens untuk jumpa website anda. Ini salah sama sekali!
Baca : 15 Kelebihan SEO Pada Website Dan Bisnes Anda (Kemaskini)
Dalam bisnes, mengharapkan keajaiban dan tuah bukanlah strategi yang bagus. Anda sedang berjudi dengan takdir. Sebaiknya, kawal apa yang anda boleh kawal. Mulakan dengan memahami cara untuk SEO-kan website anda.
Sebenarnya, cara untuk menaikkan SEO di Google adalah seni memberi data dan informasi kepada crawler Google (bot) dan dalam masa memberi konten dan solusi yang relevan kepada audiens (manusia) yang mencari spesifik keyword di Google.
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit
Disebabkan itu, kami berikan anda secara percuma gerak kerja dalam bentuk checklist (template) yang anda boleh tiruvasi dalam proses menaikkan SEO di Google.
Baca artikel ini sampai habis dan gunakan template ini sebagai panduan asas SEO website anda.
“On-page SEO is the foundation of your SEO efforts. Get it right, and you’re on the right track to ranking success.” – Neil Patel
Cara Menaikkan SEO di Google
Asasnya, SEO adalah gerak kerja mengoptimumkan website anda supaya lebih cepat crawler Google untuk crawl, index dan rank website anda di Search Engine Results Page (SERP).
Proses ini lazimnya memakan masa minimum 4 bulan – 6 bulan dan ada website yang memakan masa sehingga 9 bulan – 12 bulan bergantung kepada tahap kompetitif dalam niche dan industri anda.
Untuk pengetahuan anda, ada 4 elemen utama dalam SEO yang anda perlu fokus dalam menaikkan SEO website di Google. Rujuk poin di bawah ;
1. Teknikal SEO
- Setup Schema Markup untuk website
- Pastikan website ada SSL Certificate (https://)
- Semak frekuensi redirection page dengan kod 301
- View website secara ‘mobile’ dan pastikan responsif
- Semak masalah dan betulkan page kod 404 dan 500
- Bina & hantar XML Sitemap ke Google Search Console
- Pastikan website ada fail robot.txt untuk Google crawler
- Pastikan website diindex sempurna di Google Search Console
Baca : Teknikal SEO – Definisi & Fungsinya
2. On Page SEO
- Buat keyword research untuk niche dan industri
- Upload imej dengan fail WebP atau AVIF di website
- Masukkan internal link pada page & artikel berkaitan
- Susun struktur heading tags pada website (H1,H2,H3)
- Masukkan alt text pada imej yang diupload ke website
- Baiki meta data merangkumi ; title tag & meta description
Baca : On Page SEO – Definisi & Fungsinya
3. Off Page SEO
- Buat Google Business Profile
- Bina Web 2.0 citation untuk bisnes
- Upload detail bisnes ke local citation site
- Optimumkan Google Business Profile untuk Local Search
- Integrasikan media sosial dengan website untuk backlink
- Dapatkan backlink berkualiti dari domain berautoriti tinggi
Baca : Off Page SEO – Definisi & Fungsinya
4. Konten SEO
- Buat keyword research berdasarkan topik & subtopik
- Publish konten yang relevan dan berkualiti secara konsisten
- Rangka konten dalam bentuk artikel, FAQ, kajian kes, infografik
- Masukkan internal link pada konten yang berkaitan dalam website
Template – Cara Menaikkan SEO di Google
Anda boleh download dan gunakan template ini sebagai panduan asas untuk menaikkan SEO di Google. Download di sini
Natijahnya, SEO adalah pelaburan dalam bentuk masa dan wang ringgit yang berbaloi untuk bisnes anda dalam jangka masa panjang.
Majoriti bisnes yang telah mula SEO-kan website mereka tahun yang lalu, kini sedang menuai hasilnya dengan mendapat trafik organik setiap hari dan akhirnya mendapat pelanggan yang berkualiti di website mereka.
Lazimnya, bisnes yang buat SEO lebih awal tidak takut dengan perubahan algoritma Google dan tidak perlu melaburkan modal terlalu besar untuk mendapatkan pelanggan.