Ulasan: Adakah Tiktok Search Engine Selepas Google?
Secara tiba-tiba, TikTok telah muncul sebagai platform yang mendominasi dunia media sosial yang sangat popular sehingga membentuk satu dunia baru yaqni; tiktok search engine.
Akan tetapi, ada stigma yang mengatakan bahawa TikTok hanyalah platform hiburan dan bukanlah search engine yang kompeten dan stabil seperti Google, Yahoo dan Bing.
Menurut laporan terkini, majoriti pengguna Gen Z bergantung sepenuhnya kepada TikTok dalam mencari informasi dan cadangan untuk masalah dalam kehidupan seharian mereka.
Persoalannya, adakah TikTok search engine sebenarnya boleh menggantikan Google sebagai search engine utama?
“TikTok is not just a social media platform; it’s evolving into a new way of discovering information, making it a formidable competitor to traditional search engines.” – Thomas Haynes
Adakah Google, sebuah syarikat gergasi dengan nilai $US 2.2 trillion yang mempunyai 27,100 software engineer terbaik di dunia akan membenarkan TikTok menjadi search engine utama di dunia?
Artikel ini akan membincangkan bagaimana TikTok telah berkembang menjadi search engine yang berpotensi menggantikan Google dalam konteks SEO.
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit

Apa Itu TikTok?
TikTok adalah platform media sosial yang membolehkan pengguna membuat konten dan berkongsi video pendek.
Ia mula diperkenalkan pada tahun 2016 oleh ByteDance dan telah berkembang pesat sejak itu, terutamanya dalam kalangan generasi muda dan kini menjadi kegilaan semua peringkat umur merentasi geografi dan demografi.
TikTok menawarkan pelbagai jenis konten termasuk tarian, lip-sync dan tutorial yang menjadikannya platform yang sangat menarik dan interaktif untuk bersosial.
Kontroversi TikTok
Ada banyak kontroversi yang melanda TikTok dengan tema utamanya adalah mengenai privasi data pengguna. Desas desus Barat mengatakan data pengguna TikTok diberikan tanpa kompromi kepada kerajaan China ekoran pemilikan syarikat tersebut.
Sudah pasti Beijing menafikan dakwaan ini dan CEO TikTok, Shou Chew turut menafikan dakwaan ini di mahkamah US pada tahun 2023.
Selain daripada privasi data, TikTok turut berdepan kritikan terhadap dasar pengurusan konten, yang dilihat pengguna dan pihak berkuasa; tidak konsisten atau berat sebelah.
Platform ini telah dituduh menyekat topik tertentu dan menyebarkan maklumat yang salah dan akhirnya menyebabkan perubahan perspesi yang serius terhadap satu isu yang kompleks.
Sebagai tindak balas kepada kontroversi ini, TikTok telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan ketelusan dan memperbaiki proses pengurusan konten.
Pada tahun 2019, TikTok telah dituduh kerana dengan sengaja menyekat konten berkaitan isu penganiayaan etnik Uighur di China dan menyahaktifkan akaun yang membuat posting tentang isu ini di platform TikTok.
Dalam protes Black Lives Matter pada tahun 2020, ada pengguna yang melaporkan bahawa posting yang berkaitan dengan keadilan ras dan kekejaman polis telah dipadam atau dihadkan di platform TikTok.
Ini telah menimbulkan dakwaan bahawa dasar pengurusan konten TikTok mungkin memberi kesan negatif kepada pergerakan sosial keadilan.

Mengenai isu perang Palestin-Israel pada tahun 2021, terdapat juga kebimbangan yang sama. Semasa peristiwa besar seperti konflik Gaza pada tahun 2021, beberapa pengguna melaporkan bahawa konten mereka yang menyokong perspektif Palestin telah disekat sama sekali.
Jumlah impression dan reach pada posting berkaitan Palestin, Hamas dan seangkatan dengannya begitu rendah dan tidak mencapai jumlah impression dan reach seperti posting lain tanpa perspektif terbabit.
Pengkritik berpendapat bahawa ini mungkin sebahagian daripada masalah yang lebih besar berkaitan dengan pengurusan konten yang berunsur politik oleh platform TikTok.
TikTok Menjadi Platform E-Commerce & Entertainment
Perkembangan TikTok
Seperti yang kita tahu, TikTok bukan lagi sekadar platform hiburan tetapi telah menjadi platform e-commerce menerusi TikTok Shop yang membenarkan pengguna TikTok membeli produk secara langsung dalam aplikasi TikTok.
Evolusi ini telah memberi tamparan yang cukup dahsyat kepada platform e-commerce seperti Shopee dan Lazada yang sekian lama mendominasi landskap e-commerce di Malaysia.
Wujud ekonomi baru di dalam aplikasi TikTok di mana, jenama terkenal telah menjadikannya sebagai salah satu platform media sosial untuk iklan berbayar menerusi TikTok Ads dan paid review.

TikTok Ecommerce
Salah satu inovasi terbesar dalam dunia media sosial dan e-commerce adalah apabila pengguna boleh menonton TikTok Live dan membeli produk yang dijual menerusi TikTok Shop tanpa perlu meninggalkan aplikasi TikTok.
Ini menyebabkan pengguna TikTok berada lebih lama di dalam aplikasi itu dan berbelanja sambil berhibur di dalam TikTok.
Kenapa Gen Z Guna TikTok Sebagai Search Engine?
Selepas beberapa kajian dan temu ramah bersama pengguna TikTok dari golongan Gen Z, kami merumuskan bahawa :
- Gen Z cenderung konten visual – Berbeza dengan millennial dan boomer yang inginkan maklumat dalam bentuk teks. Gen Z lebih cenderung kepada maklumat dalam bentuk video pendek.
- Konten asli – Pengalaman berinteraksi di TikTok lebih dinamik dan responsif. Gen Z mampu berinteraksi secara langsung dengan creators.
- Trend – Perubahan pada keyword search mereka akan membantu algoritma TikTok memahami keperluan mereka. Satu refresh cukup untuk mereka mendapatkan konten yang relevan dengan situasi dan keperluan mereka.
Adakah TikTok Akan Menjadi Google?
1. Laporan Eksklusif
Laporan eksklusif dari NY Times pada September 2022 menunjukkan, TikTok dilihat sebagai alternatif utama menggantikan Google oleh generasi muda khususnya Gen Z untuk mencari maklumat berkaitan :
- Detail produk
- Cara penggunaan
- Pengalaman peribadi
- Lokasi sebuah restoran

Fakta ini turut dibenarkan oleh kajian dari Econsultany yang secara holistik menunjukkan trend peningkatan drastik TikTok sebagai platform pencarian utama dalam beberapa segmen seperti :
- Tempat menarik
- Pengalaman peribadi
- Review produk / servis
- Tempat makan menarik
- Tips & strategi kehidupan
2. Bagaimana TikTok Boleh Menjadi Google Seterusnya
Algoritma yang bijak – Merupakan kekuatan utama dan punca Gen Z kekal di platform TikTok adalah kerana mereka mampu mendapatkan konten yang relevan dengan lebih cepat dan mudah.
Pengalaman pengguna – Majoriti Gen Z (pengguna TikTok) menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi pengalaman, tips & strategi secara interaktif menerusi video tanpa teks yang panjang seperti Google.

3. Adakah Google Akan Benarkan TikTok Menguburkan Mereka?
Adalah mustahil untuk Google membenarkan TikTok mengambil alih monopoli Google sebagai search engine utama dunia dengan penguasaaan 90% secara global.
Apa yang Google boleh lakukan adalah dengan berinovasi dan menambah baik algoritma dan memperkenalkan produk baru untuk ekosistem sedia ada dengan objektif meningkatkan produktiviti pengguna menerusi :
- Gemini – AI
- Google Voice – Voice search
- Google Lens – Image search
- Youtube Shorts – Video pendek

“In a world where attention spans are shrinking, TikTok’s ability to deliver immediate, engaging content makes it a formidable competitor in the search engine landscape.” – Neil Patel
TikTok Search Engine vs Google Search Engine
41% pengguna sebenarnya telahpun menjadikan TikTok sebagai search engine. 64% golongan Gen Z berpendapat yang TikTok sebenarnya mempunyai fungsi dan kebolehan untuk menjadi search engine.
Akan tetapi, 91% pengguna (semua lapisan umur) berpendapat, informasi yang mereka temui di Google adalah lebih membantu dan relevan berbanding di TikTok.

Dalam satu sisi lain, data dari Campaign Asia menunjukkan TikTok telah mendominasi dunia automotif dengan keyword ‘BMW’ menerima 82.3 juta search di TikTok berbanding 75 juta search di Google.
Hashtag #TravelTok telah memaparkan tips & strategi, pengalaman dan maklumat terkini destinasi pelancongan di Korea, China, Sri Lanka, Poland dan Turkiye.
Baca : 5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google! (Contoh)
Dalam konteks bisnes, usahawan tidak boleh sama sekali mengabaikan fakta yang Tiktok search engine sebenarnya benar dan bisnes perlu cepat beradaptasi dengan aplikasi ini.
Ya, ia sedang berlaku saat anda membaca perenggan ini. Ada golongan yang telah menjadikan TikTok sebagai search engine. It’s happening.
Cadangan saya, bisnes wajib ada di dua platform ini ; TikTok & Google.
- Behavior di TikTok : how-to
- Behavior di Google : near-me