Off Page SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Salah satu strategi dalam memastikan website anda kekal relevan di Google adalah dengan gerak kerja Off Page SEO.
Malangnya, terdapat banyak salah faham yang menimbulkan kekeliruan kepada anda (termasuk saya) dalam memahami konteks dan konsep dan konten sebenar di sebalik Off Page SEO.

Diburukkan lagi dengan perubahan algoritma Google menyebabkan apa yang dipraktikkan nampaknya tidak memberi sebarang hasil yang signifikan.
Manifestasi SEO ini akhirnya memberi gambaran bahawa Off Page SEO adalah satu benda yang leceh, renyah, mustahil dan sukar untuk dilaksanakan.
Bahkan setakat artikel ini ditulis, masih ramai SEO Specialist dan web developer yang berdebat tentang Off Page SEO tanpa mereka sedari yang ia adalah kunci utama yang meningkatkan autoriti website pada pandangan Google dan akhirnya meningkatkan ranking website di SERP (Search Engine Results Page).
“Dulu, content is king. Sekarang, authority is king. Siapa ada autoriti, maka dia akan dijulang sebagai terpaling dalam niche dan industri tersebut di Google.”
Artikel ini akan membahaskan secara holistik spektrum Off Page SEO termasuk definisi dan bagaimana ia berfungsi dalam konteks meningkatkan ranking website di Google.
Baca : On Page SEO : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
“Good SEO work only gets better over time. It’s only search engine tricks that need to keep changing when the ranking algorithms change.” – Jill Whalen
Apa Itu Off Page SEO?
Off Page SEO merujuk kepada gerak kerja yang dijalankan di luar website dengan objektif meningkatkan autortiti dan ranking website di enjin carian seperti Google.
Tidak seperti On Page SEO, Off Page SEO melibatkan usaha untuk mendapatkan backlink berkualiti dari website lain, serta penglibatan dalam mempromosikan website mahupun konten website yang anda miliki.
Bayangkan, Off Page SEO adalah seperti seorang kawan yang mempunyai skill bermain bola sepak. Dia kemudian memberitahu komuniti bola sepak, yang anda juga seorang pemain bola sepak dengan skill yang unik.
Logiknya, semakin ramai kawan yang memberi rujukan kepada anda, semakin tinggi kepercayaan komuniti bola sepak terhadap anda!
Kenapa Off Page SEO Penting?
Off Page SEO penting kerana secara langsung membantu meningkatkan autoriti dan kepercayaan website di mata Google.
Semakin banyak jumlah backlink berkualiti dari website yang berautoriti tinggi, semakin tinggi peluang website anda untuk muncul di SERP berdasarkan pengaturcaraan algoritma Google.
Baca : Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Buat Off Page SEO Di Mana?
Off Page SEO lazimnya dilakukan menerusi networking, cold calling, email blasting dan messenger untuk mendapatkan snippet backlink, guest post, artikel review dan juga citation di website directory yang sah.
Antara tempat Off Page SEO biasa dibuat adalah ;
- Blog
- Forum
- Media sosial
- Local directory
- Backlink website
Bila Kena Buat Off Page SEO?
Logiknya, aktiviti Off Page SEO adalah satu aktiviti tanpa had dan perlu dijalankan secara berterusan. Majoriti bisnes hari ini sudah tahu akan kepentingan Off Page SEO, maka persaingan dalam mendapatkan backlink berkualiti semakin tinggi.

Secara teori, menerbitkan lebih banyak artikel dan mengoptimumkan On Page SEO dilihat memadai dalam dunia SEO. Hakikatnya, setiap artikel dan landing page baru yang diterbitkan memerlukan visibiliti secara berterusan.
“Off-page SEO is just as important as on-page SEO. It’s about creating trust and authority for your website.” – Moz
Baca : Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Natijahnya, Off Page SEO adalah strategi penting dalam meningkatkan autorti dan kedudukan website anda di Google.
Triknya, anda perlu faham konteks dan gerak kerja Off Page SEO yang betul. Hindari dari menggunakan teknik blackhat SEO yang mungkin memberi impak positif jangka pendek tapi merisikokan domain anda untuk jangka panjang.
Fokus kepada strategi mendapatkan backlink berkualiti tinggi dan aktif dalam komuniti dan niche anda secara online dengan mempromosikan website dan branding anda di media sosial.