Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Asas sebuah website dengan disiplin SEO yang betul adalah teknikal SEO. Sebuah website tidak akan mampu kekal relevan dan ranking di Google tanpa teknikal SEO yang betul dari awal.
Pengakhiran sebuah website tanpa teknikal SEO lazimnya adalah kegagalan dan pemula bagi apa sahaja strategi SEO, wajib bermula dengan teknikal SEO yang merangkumi ;
- Taxonomy
- Site Speed
- Robots.txt
- Crawlability
- XML Sitemaps
- HTTPS Security
- Structured Data
- Canonicalization
- Duplicate Content
- Site Architecture
- Mobile-Friendliness
Tidak seperti Off Page SEO yang perlu dijalankan selepas website siap dan konten telah diterbitkan, majoriti proses dan aktiviti teknikal SEO bermula sebelum website anda diterbitkan di Google.
“Technical SEO is the backbone of any SEO strategy.” – Neil Patel
Baca : Off Page SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Artikel ini akan membahaskan secara holistik dan konklusif tentang teknikal SEO dari spektrum asas (fundamental), kepentingan, gerak kerja dan kelebihannya untuk sebuah website yang berjaya ranking di Google.
Apa Itu Teknikal SEO?
Teknikal SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan elemen teknikal dalam website untuk meningkatkan kedudukan website di enjin carian.
Ia merangkumi aspek seperti kelajuan website, struktur URL, Schema Markup, sitemap XML, dan banyak lagi untuk memastikan website dapat diindeks dengan baik oleh enjin carian.

Baca : On Page SEO : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Kenapa Teknikal SEO Penting?
Teknikal SEO penting kerana ia mempengaruhi bagaimana enjin carian seperti Google dapat merangka dan menilai website anda.
Dengan melaksanakan Teknikal SEO dengan betul dari awal, anda boleh meningkatkan kelajuan website, mengurangkan masalah seperti duplicate content, dan memastikan setiap pages dalam website dapat diindeks dengan betul.

“No website can stand without a strong backbone. And that backbone is technical SEO.” – Neil Patel
Buat Teknikal SEO Di Mana?
Teknikal SEO dilaksanakan di pelbagai aspek website, termasuk tetapi tidak terhad kepada struktur URL, penandaan schema, pengoptimuman gambar, dan pengurusan pautan dalaman.
Setiap aspek ini membantu memperbaiki pengalaman pengguna dan pengindeksan website oleh enjin carian.
Cara fikirnya adalah, anda perlu pastikan bahawa setiap bahagian rumah (pages) mudah diakses, diterangi (Schema Markup), dan tiada ruang yang terbiar (orphan pages).

Bila Kena Buat Teknikal SEO?
Pembaca perlu melaksanakan Teknikal SEO secara teratur, terutamanya semasa pembangunan website baru, penambahbaikan website sedia ada, atau apabila terdapat perubahan dalam algoritma enjin carian.
Ini penting untuk memastikan website berfungsi pada tahap optimum dan dapat diindeks dengan baik oleh enjin carian.
Sama seperti memastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan terbaik, Teknikal SEO juga memerlukan penyelenggaraan dan perbaikan berterusan untuk memastikan website berfungsi dengan baik dan dapat diindeks dengan sempurna.
“Technical SEO is like the foundation of a house. If it’s not solid, the whole thing could collapse.”
Baca : Backlink : Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
Teknikal SEO adalah asas yang penting dalam strategi SEO untuk melajukan proses crawling, indexing dan ranking website anda di Google.
Mulakan dengan mengaudit website (SEO Audit) anda untuk mengenal pasti masalah teknikal yang mungkin mempengaruhi prestasi website anda untuk crawling, indexing dan akhirnya ranking.
Teknikal SEO, tanpa ragu lagi adalah keperluan asas dan pelaburan jangka panjang untuk menjadikan sebuah website SEO-friendly yang akhirnya mampu mendatangkan trafik organik yang signifikan kepada sebuah brand.