15 Kelebihan SEO Pada Website Dan Bisnes Anda (Kemaskini)
Pernahkah anda hadapi situasi di mana, anda merasakan bisnes anda perlu melabur dalam Search Engine Optimization? Tahukah anda, ada sekurang-kurangnya 15 kelebihan SEO pada website & bisnes anda untuk jangka masa panjang.
Antara kelebihan SEO yang dinikmati majoriti bisnes yang telah buat SEO lebih awal adalah :
- Naikkan brand awareness di Google
- Dapat lebih ramai pelanggan baru di Google
- Dapat trafik organik bulanan tanpa perlu SEM
Baca : Apa Itu SEO dan SEM? Ini 5 Penerangan Lengkap (Infografik)
“Search engine optimization yang efektif memerlukan komitmen, bukan kempen berkala.” – James Reynolds
Kami faham yang bukan semua usahawan ada masa untuk belajar SEO dari asas sehingga ke fasa ranking website di top 3 di Google.
Apa yang kami boleh pastikan buat masa ini adalah, bisnes anda akan semakin ketinggalan jika anda mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan tentang menjadikan website anda mesra SEO.
Untuk rekod, ada lebih 15+ kelebihan SEO bukan sahaja untuk brand dan website anda, sebaliknya untuk kestabilan jualan bisnes dan kewangan bisnes anda.
Ketahui kelebihan SEO dalam poin di bawah dan pastikan anda tahu strategi SEO yang efektif untuk bisnes anda.
“Google hanya mencintai anda apabila orang lain juga mencintai anda.” – Wendy Piersall
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit
15 Kelebihan SEO Pada Website Dan Bisnes Anda
1. Naikkan ranking di SERP : SEO membantu website anda untuk muncul di halaman pertama hasil carian Google, Bing, dan Yahoo.
2. Meningkatkan Trafik Organik : Lebih banyak audiens yang berminat dengan produk dan servis anda akan datang ke website anda.
3. Meningkatkan Kredibiliti : Website yang berada di halaman pertama (first page) hasil carian dianggap lebih dipercayai oleh pengguna dari website yang berada di halaman kedua (second page).
4. User Experience Lebih Baik : SEO membantu mengoptimumkan kelajuan website dan tahap responsif website, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik sewaktu mereka di dalam website anda.
5. Strategi Marketing Yang Murah : SEO tidak memerlukan anda belanjakan kos iklan berbayar seperti di Facebook, Instagram dan TikTok untuk dapat pelanggan.
6. Kelebihan Dari Pesaing : Audiens akan menilai website anda dengan pesaing (competitor) dan akan menilai ranking website sebagai indikator reputasi dan tahap relevan.
7. Brand Awareness : Website yang muncul di halaman pertama (first page) akan mendapat 70% exposure berdasarkan keyword yang audiens cari di Google.
8. Dapat Lead Berkualiti : Tidak seperti di Facebook & TikTok, leads yang datang dari Google lazimnya jauh lebih berkualiti dan prospek hanya perlu beberapa info sebelum menjadi pelanggan anda.
9. Dapat ROI Jangka Panjang : Trafik organik anda akan meningkat seiring waktu. Logiknya, lebih trafik, lebih jualan. Dan lebih jualan, lebih pendapatan yang anda terima.
10. Audiens Jadi Lebih Bijak : SEO membolehkan anda memberi konten yang relevan dengan solusi yang tepat kepada mereka. Sekaligus, memberi data & informasi baru kepada audiens.
11. Bisnes Anda Berkembang 3X : Dengan lebih banyak pengunjung dan penjualan, perniagaan anda boleh berkembang dengan lebih cepat.
12. Audiens Sedar Kewujudan Anda : Local SEO membolehkan anda rank di Google Maps dan Apple Maps dan bagus untuk bisnes fizikal yang memerlukan pelanggan walk-in.
13. Kurangkan Kos Iklan : Trafik organik boleh mengurangkan keperluan untuk iklan berbayar. Anda tidak perlu bergantung kepada satu marketing channel sahaja seperti competitor anda.
14. Hasilkan Konten Berkualiti : SEO akan mendorong anda untuk menghasilkan konten yang bermutu dan relevan pada audiens. Malu tak terkata jika anda rank di Google untuk konten tidak berkualiti yang memberi aib.
15. Data Untuk Buat Keputusan Bisnes : Tingkahlaku audiens dari SEO akan memberi anda satu data untuk anda memahami trend dan keperluan audiens anda secara lebih tepat berbanding membuat andaian.
Baca : 7 Bisnes Sebenar Yang Wajib Buat SEO Hari Ini (Ulasan)
Berdasarkan poin di atas, terbukti bahawa ada banyak manfaat dan kelebihan SEO yang bukan sahaja memberi impak positif kepada website, tetapi juga kepada reputasi brand anda secara online.
Cara terbaik untuk SEO-kan website anda adalah dengan menggunakan servis SEO dari Warbyasa yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam SEO untuk 20+ jenis niche dan industri.
Dapat lebih pelanggan di Google dan naikkan nilai brand anda secepat mungkin!