7 Bisnes Sebenar Yang Wajib Buat SEO Hari Ini (Ulasan)
Benarkah bisnes wajib buat SEO? Jika ya, apa logiknya? Bercakap tentang bisnes di Malaysia, majoriti usahawan pasti bersetuju yang semua bisnes ada kiri dan kanan. Ada fasa kemarau pelanggan dan ada juga fasa hujanan pelanggan.
Masalah ini lazimnya dihadapi bisnes yang hanya mengharapkan pelanggan baru dari paid ads seperti Facebook Ads, Google Ads & Tiktok semata-mata.
“Ada bisnes yang tidak dijumpai di Google walaupun usia website mereka menjangkau 5 tahun”
Menurut pandangan kami, antara bisnes yang wajib buat SEO adalah :
- Klinik
- Restoran
- Software
- E-Commerce
- Travel Agensi
- Hotel / Chalet
- Firma Guaman
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit
SEO adalah solusi jangka panjang untuk anda dapat customer secara konsisten menerusi Google tanpa perlu laburkan modal untuk paid ads sepanjang masa.
Ini tidak bermaksud anda perlu hentikan kempen paid ads atau memecat performance marketer anda. Sebaliknya, anda perlu tambah marketing channel supaya bisnes anda dapat lebih ramai customer dan tidak bergantung 100% kepada paid ads semata-mata.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan gerak kerja yang bisnes perlu buat dan strategi SEO untuk 7 jenis bisnes!
“70% trafik website di Malaysia datangnya dari carian organik di Google. Majoriti prospek akan taip spesifik masalah atau servis near me.”
Baca : Adakah SEO Dah Mati? Ini Jawapan 5 Pakar SEO Terbaik
“SEO is the art of making your business stand out on search engines, and it’s a long-term investment that pays off.” – Neil Patel
7 Jenis Bisnes Yang Wajib Buat SEO
1. Klinik
Pesakit lazimnya akan mencari klinik berdekatan dengan mereka berdasarkan pencarian lokal. Semakin dekat lokasi klinik anda dengan lokasi pesakit, semakin tinggi kemungkinan untuk mereka walk-in ke klinik anda.
Jika klinik anda tidak muncul dalam Local Search atau di dalam Google Map / Apple Maps, adalah mustahil untuk pesakit yang anda inginkan, mampu menjumpai klinik anda.
Selain itu, kredibiliti brand klinik anda juga meningkat apabila website dan lokasi klinik anda berada di SERP (Search Engine Results Page).
Strategi SEO Untuk Klinik
- Artikel SEO
- Landing Page
- FAQ (Soalan Lazim)
- Pengurusan Google Review
- Optimum Google Business Profile
Contohnya, Klinik Puteri, Setia Alam menerima peningkatan trafik ke website sehingga 40% dari biasa kerana mereka rank untuk 137 keyword di Google.
2. Restoran
Dalam konteks restoran, tingkahlaku pelanggan lazimnya akan mencari restoran yang berhampiran dengan mereka berdasarkan jenis makanan yang mereka inginkan.
Selepas mereka menjumpai website atau Google Business Profile restoran anda, mereka akan melihat Google Review untuk menilai reputasi dan kualiti makanan di restoran anda.
Tanpa perlu dinafikan lagi, bisnes yang muncul dalam Local Search audiens dan bijak mengurus Google Review lazimnya akan :
- Menerima repeat customer secara berkala (mingguan / bulanan)
- Lebih ramai customer baru yang walk-in ke restoran mengikut musim
Nota : Maksud musim di sini adalah apabila anda menjalankan apa-apa kempen di media sosial atau restoran anda viral tanpa dirancang.
Strategi SEO Untuk Restoran
- Artikel SEO
- FAQ (Soalan Lazim)
- Google My Business
Contoh terdekat adalah Ayam Gepuk Top Global yang secara aktif menguruskan Google Business Profile mereka dan muncul pada keyword “ayam gepuk near me” di majoriti kawasan di Lembah Klang.
3. Software (SaaS)
SaaS atau Software as Service adalah bisnes yang menawarkan solusi digital berasaskan software kepada pengguna.
Industri software merupakan industri paling matang dalam digital marketing kerana industry player tahu kesukaran menjual produk bukan fizikal yang menyelesaikan masalah produktiviti.
Antara elemen penting yang SEO berikan secara signfikan kepada bisnes software adalah :
- Meningkatkan kesedaran tentang keperluan software
- Menarik minat audiens menjadi prospek untuk selesaikan masalah
- Mengubah prospek menjadi pelanggan dalam masa kurang 30 hari
- Mengekalkan pelanggan itu sekurang-kurangnya selama 12 bulan
Strategi SEO Untuk SaaS
- Content Marketing – Kajian kes, glossari, tutorial, artikel, checklist
- Landing Page – Target keyword yang diinginkan pada satu landing page
Ahrefs merupakan software SEO yang utama dan berjaya mencapai 51,000 pengguna berbayar dari seluruh dunia yang terdiri daripada SEO agensi, digital marketer dan freelancer dalam industri SEO.
4. E-Commerce
E-Commerce adalah website yang menjual produk secara online. Terdapat ribuan website e-commerce di Malaysia dan tidak banyak website e-commerce yang mengoptimumkan website mereka menjadi SEO-friendly.
Selain muncul di SERP untuk targeted keyword, website e-commerce mampu muncul dalam hasil carian di Google Shopping.
Antara kelebihan SEO untuk website e-commerce adalah :
- Meningkatkan kredibiliti brand
- Menaikkan conversion rate website
- Menambah trafik organik ke landing page
Strategi SEO Untuk E-Commerce
- Backlink – Meningkatkan domain autoriti di Google
- On Page SEO – Optimumkan landing page utama
Baca : Backlink – Definisi & Fungsi
Baca : On Page SEO – Definisi & Fungsi
Sihate.com adalah contoh website e-commerce yang rank #1 untuk keyword “habbatussauda oil” dengan 1,100 carian bulanan dan mereka menerima 5,000 – 6,000 trafik secara organik sebulan di Malaysia.
5. Travel Agensi
Menurut Future Insights, industri pelancongan di Malaysia bernilai $US 2.8 bilion dan jumlah ini dijangka terus meningkat tahun demi tahun.
Dengan 4,000 travel agensi di Malaysia setakat tahun 2024 untuk segmen inbound dan outbound, sangat penting untuk travel agensi muncul dalam carian di Google menerusi SEO.
Hal ini kerana, rakyat Malaysia yang ingin melancong lazimnya akan :
- Buat carian tentang destinasi menarik
- Melihat reputasi & kredibliti travel agensi
- Mengkaji pakej pelancongan berdasarkan tarikh & bajet
Strategi SEO Untuk Travel Agensi
- Artikel SEO
- On Page SEO
- Guest Posting
- Google Review
- Link Building Strategy
- Google Business Profile
Contoh terbaik adalah ARBA Travel yang berjaya rank top 3 di Google untuk 75 destinasi di seluruh dunia hanya menerusi SEO. Dengan 25,000 trafik organik bulanan, ARBA Travel berjaya mendapat pelanggan baru setiap hari.
6. Hotel / Chalet
Secara logik, seorang pelancong akan mencari tempat penginapan samada hotel atau chalet menerusi carian di Google.
Mereka kemudian akan melihat detail penginapan, harga, promosi dan reputasi tempat penginapan itu menerusi Google Review dan review luaran dari aplikasi third-party seperti TripAdvisor, Traveloka, Booking dan Agoda.
Semua hotel dan chalet wajib melabur ke SEO untuk :
- Memenuhkan OCC harian tempahan bilik
- Mendapat pelanggan baru yang mencari penginapan
Strategi SEO Untuk Hotel
- On Page SEO
- Local Citation
- Google Business Profile
Casa33 Hatyai adalah contoh hotel yang rank di top 10 untuk carian “hotel near Hatyai” di Google Maps dan website directories untuk senarai hotel di Hatyai. Lazimnya, OCC tempahan bilik mereka penuh sebulan lebih awal.
7. Firma Guaman
Dalam satu kawasan 10KM² persegi, kurang lebih ada 3-5 firma guaman yang menawarkan pelbagai jenis servis berasaskan perundangan.
Tingkahlaku audiens lazimnya, mereka akan membuat carian di Google dan menilai reputasi firma guaman dengan membaca Google Review dan melihat posting terkini di media sosial atau di blog.
Ada banyak firma guaman di Malaysia, malangnya tidak banyak yang melabur ke SEO untuk muncul di Google secara organik. Ini kelebihan SEO untuk firma guaman :
- Mendapat klien baru secara online
- Meningkatkan kredibiliti dan branding
- Mengubah perspesi dan stigma menerusi artikel
Strategi SEO Untuk Firma Guaman
- Artikel SEO
- On Page SEO
- Google Business Profile
Buat pengetahuan anda, firma guaman Hafiz Zubir & Co telah rank #1 di carian Google untuk keyword “perjanjian jual beli”. Ini membolehkan mereka mendapat pelanggan yang menghadapi masalah itu secara organik di Google.
Baca : 5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google! (Contoh)
Sebenarnya, semua bisnes samada yang berdiri secara fizikal atau online perlu buat SEO. Anda boleh lihat sendiri betapa besar faedah untuk jangka masa panjang pada bisnes yang melabur pada SEO.
Pasaran semakin kompetitif untuk semua industri dan media sosial sudah dibanjiri dengan hook power tetapi konten berkualiti rendah. Sedangkan, apa yang pelanggan anda mahukan adalah solusi untuk masalah mereka di website anda.
Pelanggan berkualiti dan tiada masalah kewangan lazimnya akan terus buat carian di Google untuk selesaikan masalah mereka dan tidak sanggup menghadam konten di media sosial terlalu lama.
Jika pesaing anda masih belum melabur pada SEO, inilah masa yang paling bagus untuk anda mula buat SEO untuk website dan bisnes anda. Semakin cepat anda buat SEO, semakin cepat pelanggan akan jumpa produk/servis anda.
Berminat untuk SEO-kan website anda dan rank di Google? Klik imej di bawah.