Cara Buat Website SEO Malaysia Guna WordPress 100%
Dalam era digital yang semakin maju ini, semakin ramai solopreneur dan usahawan yang sedar kepentingan membuat website bisnes yang mesra SEO dan mula mencari-cari cara buat website SEO.
Google terbukti sebagai channel mendapatkan pelanggan yang paling konsisten dan efektif berbanding dengan media sosial platform seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang sentiasa berlaku perubahan algoritma.
Akan tetapi, majoriti bisnes kini sudah mempunyai website e-commerce atau sekurang-kurangnya website bisnes yang sangat asas untuk memberi maklumat dan info perniagaan mereka kepada pelanggan.
Banyak perniagaan yang gagal memanfaatkan sepenuhnya potensi website kerana tidak memahami teknik SEO yang berkesan. Tanpa SEO yang betul, website anda mungkin tenggelam dalam lautan pesaing dan sukar untuk muncul di halaman pertama Google.
Baca : Apa Itu SEO? Ini Ulasan Untuk Anda Faham Dalam 5 Minit
Namun, jangan risau! Artikel ini akan memberi anda panduan lengkap untuk membuat website SEO yang berkesan menggunakan WordPress sebagai platform CMS anda.
Teruskan membaca untuk mengetahui langkah-langkah terperinci dan sebab kenapa setiap langkah penting untuk kejayaan dalam dunia digital.
“SEO adalah tentang mencipta kandungan yang terbaik untuk pengguna, dan menjadikannya mudah untuk ditemui oleh enjin carian.” – Rand Fishkin
Cara Buat Website SEO Malaysia Guna WordPress
1. Pilih Hosting yang Betul
![hosting website serverfreak](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-01.png)
Pilih hosting yang boleh dipercayai dan mempunyai kelajuan yang pantas. Kelajuan laman web adalah salah satu faktor penting dalam SEO.
Di Warbyasa, kami menggunakan perkhidmatan hosting dari ServerFreak sejak tahun 2019 lagi dan perkhidmatan yang mereka berikan merangkumi customer support dan jaringan servis sangat bagus berbanding hosting provider lokal yang terlalu murah.
2. Gunakan Themes WordPress yang SEO-Friendly
![wordpress themes](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-02.png)
Pilih tema WordPress yang telah khusus untuk website SEO. Kami menyarankan anda menggunakan Themes seperti Hello, Kadence, Astra dan GeneratePress.
Semua jenis themes di atas pernah digunakan tim Warbyasa untuk website SEO dan terbukti ringan dan pantas untuk website speed.
3. Pasang Plugin SEO
![rank math seo plugin](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-03.png)
Pasang plugin SEO seperti Yoast SEO atau Rank Math SEO. Plugin ini membantu anda mengoptimumkan setiap page dan post di website anda.
Sebagai contoh, Rank Math SEO memberikan panduan tentang cara memperbaiki meta data seperti meta description, title tag, dan menggunakan keyword pada website anda.
4. Susun Struktur URL
Pastikan struktur URL laman web anda bersih dan mengandungi keyword yang relevan. Contoh URL yang baik adalah
"www.contoh.com/cara-buat-website-seo-malaysia".
Struktur URL yang jelas membantu bot Google memahami konten website anda dengan cepat.
5. Buat Konten Berkualiti
![blog yezza](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-08.png)
Konten adalah raja dalam SEO. Pastikan anda mencipta konten yang berkualiti, relevan, dan bermanfaat untuk pembaca.
Antara konten yang anda boleh buat dalam website anda adalah :
- LMS
- FAQ
- Artikel
- Glossari
- Review
- Panduan
- Checklist
- Ensiklopedia
- Software Tools
6. Sasarkan Keyword Yang Tepat
![keyword research](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-07.png)
Keyword dan ayat semantik perlu digunakan secara bijak dalam tajuk, sub-tajuk, dan teks. Jangan lupa untuk memasukkan keyword dalam meta description dan setiap alt text gambar yang anda masukkan di dalam website.
Contoh:
"cara buat website sendiri" :Cara Buat Website Sendiri Guna WordPress (Siap 1 Jam)
7. Pastikan Laman Web Responsif
![](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-001.png)
Website yang responsif adalah penting kerana Google mengutamakan website yang mobile-friendly. Uji website anda pada menggunakan tools seperti GTMetrix pada pelbagai peranti dan pastikan ia berfungsi dengan baik.
Untuk tambahan, themes WordPress yang responsif sepatutnya akan memastikan pengalaman pengguna yang konsisten.
8. Perbaiki Kelajuan Website (Site Speed)
Kelajuan website yang pantas adalah penting untuk SEO dengan kadar kelajuan 1 saat – 3 saat. Gunakan alat seperti Google PageSpeed Insights untuk memeriksa kelajuan laman web anda dan ikuti cadangan yang diberikan.
Pasang plugin cache seperti WP Rocket untuk meningkatkan kelajuan website anda.
9. Buat Backlink yang Berkualiti
![semrush backlinks](https://warbyasa.com/wp-content/uploads/2024/07/cara-buat-website-seo-04.png)
Backlink dari website yang berautoriti dapat membantu menaikkan ranking website anda. Cari peluang untuk mendapatkan backlink berkualiti dari website yang berauroti tinggi seperti The Vocket, Berita Harian, Astro Awani dan website yang relevan dengan niche dan industri anda.
Caranya adalah dengan melalui guest posting, kerjasama dengan blogger lain, dan memanfaatkan direktori perniagaan tempatan.
10. Analisis dan Tingkatkan
Gunakan tools analisis seperti Google Analytics dan Google Search Console untuk memantau prestasi website anda. Analisis data ini membantu anda memahami apa yang berfungsi dan apa yang perlu diperbaiki.
“SEO yang baik adalah tentang mencipta kandungan yang hebat, dan mempersembahkannya dengan cara yang boleh ditemui oleh pengguna.” – Neil Patel
Membuat website SEO yang berkesan di Malaysia menggunakan WordPress memerlukan usaha dan pengetahuan yang betul. Sebaiknya, anda gunakan perkhidmatan SEO agensi yang sah dan berpengalaman seperti Warbyasa yang sudah terbukti mampu membina website SEO sejak tahun 2019.
Dengan mengikuti panduan cara buat website SEO ini, anda dapat meningkatkan ranking website anda, menarik lebih banyak trafik organik, dan meningkatkan jualan sehingga 35% setiap bulan secara organik. Ingat, SEO bukanlah usaha sekali sahaja, tetapi proses berterusan yang memerlukan perhatian dan penyesuaian berterusan.