Apa Itu Pagination Dalam SEO? Ini Penjelasan Kami (2026)
Anda pemilik sebuah landing page ecommerce yang menjual beratus-ratus jenis tudung atau mungkin anda menguruskan sebuah blog resipi dengan ratusan artikel berbeza. Anda membina segalanya dengan cantik. Namun, ada satu masalah yang terus menghantui: website kategori produk atau arkib blog anda tidak pernah muncul di SERP Google. Yang lebih merisaukan, hanya website pertama sahaja yang diindeks, manakala website 2, 3, dan seterusnya seolah olah ghaib dari radar Googlebot.
Ini adalah dilema sebenar yang dihadapi oleh ramai SEO Specialist dan pemilik bisnes online di Malaysia yang menjual menggunakan platform ecommerce sendiri. Mereka bergelut dengan masalah thin content, duplicate content disebabkan tajuk dan meta description yang 99% sama. Kesannya? Pembaziran crawl budget untuk website anda. Puncanya seringkali terletak pada cara anda menguruskan pagination dalam SEO.

Secara ringkasnya, panduan ini akan membongkar strategi pagination moden yang berkesan, membetulkan salah faham lapuk, dan menunjukkan cara untuk mengubah website bernombor anda daripada menjadi liabiliti SEO kepada aset yang berharga.
“Kami melihat website berpaginasi sebagai satu set, dan kami biasanya akan menggabungkan isyarat dan menunjuk pengguna ke website pertama dalam siri tersebut.” – John Mueller, Google Search Advocate
Baca : Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
1. Apa Sebenarnya Pagination Dalam SEO?
Pagination atau paginasi adalah proses membahagikan kandungan daripada satu senarai panjang kepada beberapa website yang berasingan dan bernombor. Anda pasti pernah melihatnya, senarai produk di Lazada, arkib blog atau thread forum yang mempunyai butang navigasi “1, 2, 3, … Seterusnya”.
Dari sudut teknikal, ini biasanya muncul dalam struktur URL seperti :-
https://contoh.com/kategori-produk?page=2https://contoh.com/blog/page/3/

Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki pengalaman pengguna (UX) dengan menyajikan maklumat dalam bahagian yang lebih mudah dihadam, tanpa perlu memuatkan kesemua item sekali gus yang boleh memperlahankan landing page anda.
2. Kenapa Pagination Penting?
Walaupun nampak remeh, pengurusan pagination yang betul adalah kritikal untuk SEO. Jika diabaikan, ia boleh menyebabkan beberapa masalah besar :-
- Pembaziran Bajet Merangkak: Tanpa panduan yang jelas, Googlebot mungkin menghabiskan banyak masa merangkak beratus ratus website paginasi yang rendah nilainya, dan mengabaikan website produk atau artikel baru yang lebih penting.
- Isu Kandungan Pendua & Nipis: Website paginasi (cth., website 2, 3, 4) selalunya mempunyai tajuk, deskripsi meta, dan teks pengenalan yang sama seperti website pertama. Ini boleh mengelirukan Google. Selain itu, website terakhir dalam siri mungkin hanya mempunyai satu atau dua item, lalu dianggap sebagai “kandungan nipis”.
- Pencairan Isyarat Pautan (Link Equity Dilution): Jika backlink menunjuk ke pelbagai website paginasi yang berbeza, kekuatannya akan tersebar. Sebaliknya, anda mahu semua kekuatan itu ditumpukan kepada website kategori utama yang paling penting.
3. Bila Masa Yang Tepat Untuk Menggunakannya?
Pagination adalah penyelesaian terbaik untuk set kandungan yang besar. Berikut adalah senario di mana anda wajib menggunakannya :-
- Landing Page Kategori E-dagang: Ini adalah kegunaan paling lazim. Apabila anda mempunyai lebih daripada 20-30 produk dalam satu kategori.
- Arkib Blog: Jika blog anda mempunyai puluhan atau ratusan artikel, membahagikannya kepada beberapa website adalah amalan terbaik.
- Galeri Imej & Portfolio: Untuk jurugambar atau pereka grafik yang mempamerkan banyak hasil kerja.
- Thread Forum: Forum dalam talian seperti Lowyat.NET menggunakan pagination secara meluas untuk perbincangan yang panjang.
- Hasil Carian Dalaman: Apabila pengguna membuat carian di landing page anda dan hasilnya sangat banyak.
4. Di Mana Nak Betulkan Pagination Dalam CMS?
Amalan terbaik SEO terkini untuk pagination adalah mudah: pastikan setiap website paginasi boleh diindeks (indexable) dan gunakan tag kanonikal yang merujuk kepada dirinya sendiri (self referencing canonical). Ini memberitahu Google bahawa setiap website adalah unik dalam siri tersebut.
Baca : Apa Itu Canonical Dalam SEO? Ini Penjelasan Dari Kami
4.1 WordPress
Kebanyakan tema WordPress moden menguruskan pagination dengan betul secara automatik. Ia akan mencipta website seperti /page/2/, /page/3/ dan setiap website ini akan mempunyai tag kanonikal yang menunjuk kepada URLnya sendiri. Anda tidak perlu melakukan apa apa melainkan tema anda sudah terlalu lama atau tidak berkualiti.
4.2 Wix
Sistem blog dan kedai Wix secara automatik menghasilkan pagination apabila kandungan anda berkembang. Sama seperti WordPress, ia biasanya mengikut amalan terbaik moden. Anda boleh menyemak sumber kod untuk memastikan tag kanonikal ditetapkan dengan betul.
4.3 Shopify
Shopify terkenal dengan struktur SEO yang baik. Untuk website koleksi produk, ia mengendalikan pagination dengan cemerlang, mencipta URL ?page=2 dengan self referencing canonical. Elakkan daripada cuba menyekat website ini daripada diindeks; biarkan Google menguruskannya.
4.4 Joomla
Joomla mempunyai fungsi pagination terbina dalam untuk artikel dan kategori. Penting untuk anda menyemak tetapan SEO global dan mana mana sambungan (extensions) SEO pihak ketiga untuk memastikan ia menghasilkan URL dan tag kanonikal yang mesra SEO.
4.5 Squarespace
Squarespace juga menguruskan pagination secara automatik untuk blog dan produk. Kawalan manual adalah terhad, tetapi platform ini umumnya mengikuti garis panduan SEO yang baik untuk memastikan siri paginasi anda dapat dirangkak dengan betul.
5. Bagaimana Pagination Meningkatkan Prestasi SEO?
Apabila dioptimumkan dengan betul, pagination bukan lagi satu masalah, tetapi satu kelebihan.
- Memastikan Semua Produk & Konten Ditemui: Ia mencipta laluan yang jelas untuk Googlebot merangkak dan menemui setiap produk atau artikel dalam arkib anda, walaupun yang berada di website ke-20.
- Mengukuhkan Ranking Website Kategori Utama: Dengan membenarkan Google melihat semua website dalam satu siri, ia akan faham konteks penuh kategori tersebut. Google biasanya akan memilih website pertama sebagai wakil dalam hasil carian, dan menggabungkan isyarat dari website lain untuk mengukuhkannya.
- Meningkatkan Isyarat Pengguna: Navigasi yang pantas dan jelas membuatkan pengguna kekal lebih lama dan berinteraksi dengan lebih banyak website, menghantar isyarat positif kepada enjin carian. Maklumat lanjut mengenai sejarah pengurusan paginasi oleh Google boleh dibaca di laman rasmi mereka.

“Kami sudah bertahun-tahun tidak menggunakan
rel=next/prev. Kajian kami mendapati pengguna lebih suka melihat website tunggal. Jadi kami cuba mengindeks semua website dan mencari website yang paling relevan daripada set itu (biasanya website pertama).” – John Mueller, Google Search Advocate
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan pagination bukan sekadar tentang butang “Next”. Ia adalah komponen asas dalam SEO teknikal yang mempengaruhi cara enjin carian melihat, merangkak, dan menilai landing page anda yang mempunyai kandungan berskala besar. Optimize pagination dalam SEO dengan betul sebenarnya bagus untuk setiap sudut landing page anda dapat ditemui dan menyumbang kepada kekuatan keseluruhan domain anda.
Jika selok belok teknikal ini kelihatan rumit atau anda bimbang tentang pelaksanaan yang salah, mendapatkan bantuan pakar SEO (webmaster / SEO Expert) adalah langkah yang bijak. Pengurusan pagination dalam SEO yang salah boleh memberi kesan negatif yang berpanjangan.