Memahami Struktur URL Untuk SEO (RINGKASAN)
Bayangkan anda sedang mencari “resepi nasi lemak” di Google. Dua hasil search muncul dengan struktur URL yang berbeza pada website mereka.
jenamasaya.com/ms/2025/10/06/post?id=891&cat=3resepianda.com/resepi/nasi-lemak-terbaik
Secara nalurinya, link mana yang anda rasa lebih meyakinkan dan akan klik? Jika anda memilih nombor dua, anda sudah pun memahami separuh daripada kepentingan struktur URL dalam SEO. Namun, ramai SEO Specialist dan owner ecommerce di Malaysia sering terlepas pandang perkara ini. Mereka membiarkan CMS seperti WordPress buatkan URL yang panjang dan hodoh. Apa yang lebih menyedihkan, mereka tergoda untuk menyumbat sebanyak mungkin keyword ke dalam satu URL. Ini bukan benda kecil.

Realitinya, struktur URL dalam SEO adalah salah satu elemen asas yang memberi impak besar kepada pengalaman pengguna dan kebolehfahaman search engine. Panduan ini akan membawa anda dari pemahaman asas kepada salah satu amalan terbaik dalam SEO, memastikan setiap URL website anda disusun dengan konten dan konteks yang tepat.
Baca : Teknikal SEO: Definisi & Bagaimana Ia Berfungsi
“Cuba pastikan URL anda sebersih dan sesederhana mungkin. Fikirkan tentang jangka masa panjang. Adakah anda akan gembira dengan struktur URL ini dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang?” – John Mueller, Google Search Advocate
1. Apa Sebenarnya Struktur URL Itu?
URL (Uniform Resource Locator) adalah alamat unik untuk setiap website di internet. Sebuah URL mesra SEO terdiri daripada beberapa bahagian utama:
- Protokol:
https://(Menunjukkan sambungan yang selamat) - Domain:
www.jenamasaya.com(Jenama atau nama landing page anda) - Laluan (Path) atau Slug:
/kategori/produk-terbaik/
Struktur URL merujuk kepada cara anda membina bahagian Laluan atau Slug untuk setiap website di dalam landing page anda. Adakah ia logik, deskriptif dan mudah difahami? Atau adakah ia sekadar himpunan nombor dan aksara yang gila random?
Baca : Menulis Robots.txt Untuk SEO (Untuk Amatur)
2. Kenapa Struktur URL Sangat Penting?
Untuk tahun-tahun mendatang, kita boleh expect yang Google semakin bijak. Tapi, ada beberapa signal yang masih lagi penting dalam ranking SEO untuk website anda.
- Pengalaman Pengguna (UX): URL yang boleh dibaca memberitahu pengguna tentang kandungan sesuatu website sebelum mereka klik. Ia membina kepercayaan dan menetapkan jangkaan yang betul. URL yang kemas juga lebih mudah untuk diingati dan ditaip.
- Isyarat Kedudukan (Ranking Signal): Walaupun ia bukan faktor ranking utama, Google mengesahkan bahawa perkataan dalam URL boleh memberi sedikit kelebihan. URL yang mengandungi kata kunci sasaran anda membantu Google dan pengguna memahami topik website tersebut dengan lebih pantas.
- Perkongsian Mudah (Easy Sharing): Apabila seseorang berkongsi link anda di media sosial atau WhatsApp, URL yang bersih dan deskriptif kelihatan jauh lebih profesional dan menarik untuk diklik berbanding URL yang panjang dan penuh dengan parameter (UTM Tag etc).
3. Amalan Terbaik Untuk Struktur URL Mesra SEO
Menyusun struktur URL yang sempurna sebenarnya tak susah manapun. Ikut peraturan mudah ini :-
- Kekalkan Ia Pendek & Padat: URL yang lebih pendek lebih mudah dibaca, dikongsi dan biasanya mendapat kedudukan yang lebih baik dalam hasil search. Sasarkan 3 hingga 5 perkataan.
- Gunakan Kata Kunci Utama: Letakkan targeted keyword utama di dalam URL secara semula jadi. Elakkan sumbat keyword (keyword stuffing).
- Jadilah Deskriptif: URL anda sepatutnya menerangkan kandungan website tersebut.
.../kasut-sukan-lelakiadalah jauh lebih baik daripada.../produk-101. - Gunakan Sempang (Hyphen): Ini sangat penting. Sentiasa gunakan sempang (
-) untuk memisahkan perkataan dalam URL anda. Menurut panduan rasmi Google, ini adalah amalan terbaik. Elakkan penggunaan garis bawah (_) atau ruang (%20). - Kekal Huruf Kecil: Gunakan huruf kecil sahaja. Sesetengah pelayan (server) menganggap URL huruf besar dan huruf kecil sebagai dua website yang berbeza, yang boleh menyebabkan isu duplicate content.
- Elakkan Tarikh & Nombor Rawak: Melainkan anda adalah portal berita, elakk guna tarikh dalam URL blog anda. Ia boleh membuatkan konten anda nampak lapuk pada tahun-tahun berikutnya.
4. Di Mana Nak Betulkan Struktur URL?
Ini bergantung pada Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang anda gunakan :-
- WordPress: Ini yang paling mudah. Pergi ke Papan Pemuka > Tetapan > Permanent Link (Dashboard > Settings > Permalinks). Pilih pilihan “Nama Kiriman” (Post name). Untuk setiap website atau kiriman, anda boleh mengedit “slug” (bahagian akhir URL) di bawah tajuk.
- Shopify: Shopify mempunyai struktur URL yang agak tetap (contohnya,
/collections/dan/products/). Walau bagaimanapun, anda boleh (dan patut) mengedit bahagian akhir URL, yang dipanggil “handle”, di bahagian bawah editor produk atau koleksi di bawah “Search engine listing preview”. - Wix & Squarespace: Kedua dua platform ini membenarkan anda mengubah suai slug URL untuk setiap website individu melalui tetapan SEO atau tetapan website tersebut.

Amaran : Jika anda menukar struktur URL untuk landing page yang sedia ada, anda wajib melaksanakan Redirect 301 dari URL lama ke URL baru untuk mengelakkan kehilangan ranking dan link rosak (404 error).
Baca : Apa Itu Pagination Dalam SEO? Ini Penjelasan Kami (2026)
5. Bagaimana Ia Meningkatkan Prestasi SEO?
Struktur URL yang dioptimumkan membawa beberapa faedah prestasi yang ketara :-
- Meningkatkan Kadar Klikan (CTR): Apabila pengguna melihat URL yang relevan dan boleh dibaca dalam hasil search, mereka lebih cenderung untuk mengkliknya. CTR yang lebih tinggi adalah isyarat positif kepada Google.
- Membina Seni Bina Landing Page Yang Jelas: Struktur folder yang logik dalam URL (cth:
.../servis/seo/seo-teknikal) membantu Google memahami hierarki dan hubungan antara website yang berbeza di landing page anda. - Berfungsi Sebagai Teks Sauh (Anchor Text): Apabila seseorang menyalin dan menampal URL anda sebagai link, perkataan dalam URL itu sendiri bertindak sebagai teks sauh, memberikan konteks tambahan kepada enjin search.
“Mengubah struktur URL pada landing page yang sedia ada adalah seperti membuat kerja pengubahsuaian besar. Ia boleh dilakukan, tetapi ia rumit dan penuh dengan risiko. Lebih baik lakukannya dengan betul dari awal.” – Danny Sullivan, Google Search Liaison
Kesimpulan
Sebagai penutup, anggaplah struktur URL anda sebagai alamat digital untuk setiap aset website anda. Alamat yang jelas, ringkas dan deskriptif bukan sahaja membantu pengguna mencari jalan mereka, tetapi juga membantu posmen (Googlebot) menghantar, memahami dan mengkategorikan kandungan anda dengan lebih efisien. Optimized struktur URL dalam SEO bukan lagi satu pilihan pada tahun 2025; ia adalah satu komponen wajib untuk membina asas teknikal yang kukuh.
Nota : Untuk pembaca, artikel ini boleh dijadikan panduan asas, tetapi apabila ingin membuat perubahan struktur URL pada website, saya syorkan juga rujuk dokumentasi CMS anda dan (jika boleh) ujian pada site staging terlebih dahulu.