local seo malaysia

Apa Kelebihan Local SEO di Malaysia Untuk Bisnes Anda?

Di Malaysia, terdapat stigma bahawa hanya perniagaan besar yang mampu mencapai kejayaan dalam konteks local SEO Malaysia. Ramai pemilik perniagaan kecil dan sederhana menghadapi masalah dalam meningkatkan kehadiran mereka dalam talian.

Masalah ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara buat SEO yang betul untuk kedai mereka. Mereka sering kali mengabaikan pentingnya local SEO, yang sebenarnya merupakan kunci untuk menarik pelanggan tempatan melalui carian di Google dan akhirnya Google Maps! 

Local SEO adalah satu strategi SEO kedai anda, yang memfokuskan kepada pengoptimuman perniagaan untuk carian setempat (contoh : Batu Pahat). Ini termasuk mengoptimumkan laman web anda untuk Google Maps, mendapatkan review positif dan memastikan maklumat bisnes anda tepat dan konsisten di seluruh platform online.

Dalam artikel ini akan diberikan penjelasan yang jelas untuk meningkatkan local SEO, supaya anda dapat lebih banyak trafik ke kedai sekaligus meningkatan jualan di kedai anda!

Baca : 5 Cara Meningkatkan Pencarian Website di Google (Contoh)

“Almost 80% of consumers turn to search engines to find local information.”Google

9 Kelebihan Local SEO untuk Perniagaan di Malaysia

1. Meningkatkan View dalam Local Search

Local SEO membantu perniagaan anda muncul dalam hasil carian tempatan seperti “restoran terbaik di Kuala Lumpur” atau “kedai bunga di Petaling Jaya”.

Sebagai contoh, sebuah kafe kecil iaitu Black Kettle di Georgetown berjaya menggandakan jumlah pelanggan mereka selepas mengoptimumkan laman web mereka untuk carian tempatan menggunakan Google Maps.

Apa yang menarik, mereka menerima lebih 2,000 Google Review dan turut tersenarai sebagai kafe yang wajib dilawati pelancong apabila melancong ke Pulau Pinang dalam website TripAdvisor!

black kettle, georgetown
Kredit : Black Kettle

2. Menarik Pelanggan Sebenar

Lazimnya, pelanggan yang betul-betul serius ingin membeli produk atau guna servis anda, mereka akan buat transaksi dengan segera tanpa ada banyak soalan.

Sebagai contoh, sebuah bengkel aircond kereta di Kajang, Selangor melaporkan peningkatan 30% dalam tempahan selepas memperbaiki strategi SEO kedai mereka untuk carian sekitar Kajang-Bangi.

acs car service
Kredit : ACS Car Service

3. Kos Lagi Rendah Dari Iklan Berbayar 

Berbanding dengan iklan berbayar seperti Google Ads, Meta Ads & Tiktok Ads, local SEO adalah cara yang lebih menjimatkan untuk menarik pelanggan baru datang ke kedai anda.

Akan tetapi, anda perlukan sekurang-kurangnya 6 bulan – 8 bulan untuk mula menampakkan peningkatan sekurang-kurangnya 30% – 50% pelanggan baru.

4. Meningkatkan Kepercayaan dan Kredibiliti

89% pelanggan lazimnya akan mempercayai brand / perniagaan yang muncul di first page Google kerana beberapa faktor seperti :

  • Google Review
  • Info perniagaan
  • Detail produk/servis

Sebuah klinik ibu dan anak di Setia Alam melihat peningkatan dalam kepercayaan pelanggan mereka selepas muncul di halaman pertama hasil carian Google.

klinik puteri setia alam
Kredit : Dr. Puterii’s Clinic

5. Memberikan Pengalaman Pengguna yang Lebih Baik

Local SEO juga melibatkan pengoptimuman website supaya website anda mampu load sepantas 1 saat – 3 saat.

Website yang cepat dan mesra pengguna meningkatkan pengalaman pelanggan dan mendorong mereka untuk menghabiskan lebih banyak masa dan akhirnya membuat transaksi.

Sebagai contoh, sebuah kedai perabot di Seremban berjaya meningkatkan masa lawatan pengguna di laman web mereka sebanyak 50% dengan strategi SEO kedai yang baik.

kedai perabot seremban
Kredit : Home Bagus

6. Dapat Positif Google Review

Local SEO membantu anda menerima lebih banyak Google Review yang menjadi faktor utama prospek membuat keputusan membeli produk atau menggunakan servis anda.

Untuk info, banyak restoran di Bukit Bintang menyaksikan peningkatan 20% dalam jumlah pelanggan selepas menerima positif Google Review dengan rating 4.5 melalui Google Maps.

7. Memudahkan Pelanggan Menemui Kedai Fizikal Anda

Local SEO memastikan maklumat perniagaan anda, seperti alamat dan nombor telefon, mudah ditemui. Ini memudahkan pelanggan untuk mencari dan mengunjungi lokasi fizikal anda.

8. Persaingan yang Lebih Rendah

Fokus pada local SEO bermakna anda bersaing dalam pasaran yang lebih kecil dan lebih terkawal berbanding dengan pasaran global. Ini memberikan peluang yang lebih besar untuk berjaya.

Sebagai contoh, sebuah kedai kopi di Alor Setar berjaya menonjol dalam carian tempatan walaupun terdapat banyak pesaing di peringkat global.

9. Menggalakkan Kesetiaan Pelanggan

Pelanggan tempatan cenderung untuk menjadi pelanggan tetap jika mereka berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Local SEO membantu membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti setempat.

Sebuah kedai runcit di Kota Bharu berjaya membina kesetiaan pelanggan yang kuat dengan strategi local SEO yang berkesan.

Baca : 15 Kelebihan SEO Pada Bisnes Anda (Kemaskini)

“Google My Business is the single most important factor for local SEO.” – Moz

Local SEO adalah alat yang sangat berkuasa untuk meningkatkan kehadiran dalam talian dan menarik lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Anda boleh tonton video Youtube dari Semrush ini untuk dapat pemahaman yang lebih baik tentang local SEO khususnya untuk bisnes yang mempunyai premis fizikal.

 

local seo malaysia by semrush
Kredit : Semrush

Dengan strategi yang betul, perniagaan kecil dan sederhana boleh bersaing dengan lebih baik dan berjaya di pasaran tempatan.

Dalam dunia perniagaan hari ini, mengabaikan local SEO Malaysia bermakna anda kehilangan peluang besar untuk berkembang.

Artikel ini memberikan panduan lengkap untuk membantu anda memahami local SEO Malaysia, memberi harapan bahawa setiap perniagaan, tidak kira saiznya, boleh berjaya dalam dunia digital ini. Teruskan usaha anda dalam local SEO dan lihat bagaimana ia membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

local seo malaysia

Similar Posts