Testimoni

Baca kisah brand dalam industri yang berjaya dalam SEO.

Pelanggan Kami

Terima perubahan signifikan pada bisnes anda seawal 90 hari dalam pencarian di Google dengan hasil kerja A-Talent kami!

testimoni servis seo

Kisah Inspirasi

ammar roslizar yezza

Yezza.com

62 Artikel Naikkan SEO Yezza

Yezza (YC22) merupakan sebuah syarikat teknologi yang membangunkan aplikasi light-weight ecommerce online store dan WhatsApp Form.

Kos mendapatkan pengguna menggunakan strategi paid ads sangat mahal dan mampu menelan belanja RM100 per leads. Oleh yang demikian, pada April 2022, Yezza mengubah strategi marketing dengan menggunakan strategi SEO.

Cara kerjanya adalah dengan mencipta artikel berkualiti tinggi berdasarkan masalah yang dihadapi audiens dan prospek.

Kurang lebih 62 artikel SEO telah dicipta dalam tempoh 6 bulan yang lengkap dengan infografik dan CTA pada setiap artikel.

Kesannya, Yezza mendapat pertambahan 10% – 20% pelanggan secara organik setiap bulan dari SEO dan 90% artikel tersebut masih rank di Google sehingga setakat artikel ini ditulis.

eza ezamie ceo majalah labur

Majalahlabur.com

275 Artikel Naikkan Branding Majalah Labur

Majalah Labur merupakan portal pelaburan dan kewangan yang holistik dalam Bahasa Malaysia meliputi pelaburan emas, hartanah, unit trust dan sukuk.

Tidak ramai penulis di Malaysia yang mampu menulis artikel pelaburan dan kewangan berdasarkan laporan kewangan GLC dan juga laporan tahunan dari NAPIC dan BNM.

Cara kerjanya adalah dengan menulis artikel berkualiti tinggi dan terkini dalam konteks pelaburan dan kewangan di Malaysia dan antarabangsa.

Sebahagian besar artikel yang ditulis telah menjadi rujukan utama Berita Harian, Free Malaysia Today, dan portal hartanah seperti iProperty dan Propertyguru.

Impak dari 275 artikel yang ditulis sepanjang tahun 2019 – 2021 telah meningkatkan kredibiliti dan branding Majalah Labur di kalangan pemain industri dan orang awam yang berminat dengan bidang pelaburan dan kewangan.

Aqiqahcentre.com

Aqiqah Centre Tersenarai Di SERP Features

Aqiqah Centre merupakan sebuah syarikat yang membantu rakyat Malaysia melaksanakan ibadah korban dan ibadah aqiqah di tanah suci Mekah secara online pada harga sangat kompetitif.

Selepas PKP (2022), wujud puluhan pesaing Aqiqah Centre yang muncul di media sosial dan Google. Kos iklan juga semakin bertambah dan pengurusan tertinggi Aqiqah Centre menukar strategi marketing mereka.

Dalam tempoh 90 hari, Aqiqah Centre berjaya rank lebih dari 20 artikel dan tersenarai di SERP features seperti Knowledge Panel, People Also Ask (PPA), Featured Snippet dan Image Pack.

Kesan langsung adalah, Aqiqah Centre berjaya mendapat pertambahan 15% – 40% pelanggan yang mendaftar untuk melaksanakan ubadah korban dan ibadah aqiqah setiap bulan.

Orangaircond.com

19 Keyword Rank #1 di Google

Orang Aircond merupakan syarikat yang menawarkan servis cuci aircond, servis aircond rosak dan pemasangan aircond yang fokus di kawasan Lembah Klang sejak tahun 2022 hingga kini.

Terdapat lebih 10 pesaing dalam satu kawasan yang sama dan kos mendapatkan pelanggan secara iklan berbayar dilihat tidak membuahkan hasil yang setimpal dengan kos yang dilaburkan setiap minggu.

Orang Aircond telah menggunakan servis Warbyasa untuk menjadikan website mereka lebih SEO-friendly dan transformasi besar telah dibuat merangkumi technical SEO, off-page SEO, on-page SEO dan artikel SEO.

Dalam tempoh 90 hari, Orang Aircond menerima pertambahan 15% – 25% pelanggan secara organik di Google setiap hari dan berjaya rank #1 untuk 19 keyword berkaitan dengan niche dan industri mereka.

Ranking Google anda adalah keutamaan kami.

Audit Website Anda (100% Percuma)

⚡ Siap 48 Jam ⚡ 49 Data Point

016-6199 313
salam@warbyasa.com

ALAMAT

Warbyasa Services
2nd Floor, Jln Medan Pusat Bandar 7A Bangi Sentral Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor